no right click

Wednesday, September 04, 2013

21 y/o and still counting...

Ohh dah genap sebulan harini umurku masuk 21tahun. Macam tak percaya jugak, cepat jer masa berlalu kan, dan nextweek pula AIZAT kena sambung balik perjalanan sebagai seorang pelajar balik. Eceh macam lah student baru konon, hoi dah nak masuk 3rd year sudah. Okay ini cuma entry yang termampu utk di post kan, setelah sekian lama save kan dia dlm drafts.

Herm birthday kalini sangat seronok, sebabnya AIZAT berjaya buat kek sendiri. Nahh tengok, suka tak suka tak? (cakap gaya chef Ammar dalam tvAlhijrah tuu). Haha AIZAT berjaya buat 'red devil cake with lemon cream cheese frosting' sorang2. Power tak power lah jugak, ikut resipi Chef Ammar kita, masak dari hati, masak with iman. Seronok jugak lah first time buat kek sendiri dan dalam bulan puasa pulak tu. Walaupun ada juga cabaran mendatang, haha. Baru syok makan kek air tgn sendiri, hehe koya!
Lepastu, dapat celebrate lah jugak sambil buka puasa sama kawan baik sekolah menengah dolu. Acik dan Mimi. Tahu tak betapa rindunya sbb lama sgt dah plan nak jumpa, akhirnya. Hihi  tak puas lagi duk sembang2 dgr cerita mcm2, insyaAllah jumpa lagi di lain waktu. Sekali tunggu dengan budak jordan sorang tuh. Si azrai razali yang baru sahaja balik Malaysia utk cuti sebulan, mungkin. Janji nak jumpa jugak kan.
Plus sempat jugak tea time sbb dah craving sangat dengan macadamia cheesecake sundae dekat PlanB ni, hehe. Thanks kpd org yg belanja sy ni, lain kali belanja lah lagi. Murah rezeki tuhan bagi nanti. Hihihi
Walaupun kita masih dalam bulan syawal yg nak sampai ke penghujungnya, hajat tersampai juga untuk jumpa kakak angkat kesayangan AIZAT, hihi. Meet my kek nis, dia still sama mcm dulu, xde perubahan pun, haha. Lama jugaklah hampir 5tahun tak jumpa dia ni haaaa. But we still keep in touch ya. InsyaAllah raya haji kita jumpa lagi tau, nak borak lama2, hehe. Rinduuuuuu
Dan besoknya pulak, AIZAT jumpa senior lama masa di BT38 dolu. Yang kuat jugak buli budak, batch dia paling jahat, semualah, HAHA. Nak belanja makan kek pavlova di Serai. Ni pun sbb dah lama janji sgt kan, hehe. Not bad pavlova dkat sini, tapi still tak boleh lawan pavlova dekat the alexis sana, hihi. Anyway, thanks senior! Nextyear belanja AIZAT lagi. Hihi
Finally, bulan ogos di akhiri dgn mnymbut hri merdeka juga birthday august party bersama kawan lama AIZAT. Tadaaaaaa, lokasi di whisk espresso bar & bake shop. Best tau cafe kecik yang comel ni. Ad lg outlet dia di the curve jugak tak silap. This, HummingBird cake and Whisk Pink Stacks. Tahu tak betapa sedap dan lazat dan juga manis yang amat desserts dekat sini. Sampai ad org belanja kek utk take away lagi, hihi. Thanks a lot shafa!
And and and, not forgotten, cam-whore session. Hihi it was fun kan, seharian kita lepak makan dan borak2 sampai ke petang. Dah lah masa keluar ni, air dekat selangor buat hal, but we dont care. As long as kita boleh jumpa, utk clbrate birthday same2. Hehe hope next meet kita boleh jumpa lagi sambil buat food hunting together.
Akhir sekali, AIZAT bersyukur sangat pada tuhan sebab masih panjangkan umur lagi di dunia ini. Ada jodoh kita jumpa lagi disana, InsyaAllah. Salam rindu buat semua pembaca belog AIZAT yang sudah basi lah jugak orang kata. HAHAHAHA *padan muka*

p/s: mengharapkan bulan September penuh dengan kegembiraan dan kasih sayang seperti bulan Ogos. Hiks