no right click

Wednesday, July 31, 2013

Ramadhan kali ini.

Berakhir sudah bulan julai. Rasa sekejap sangat. Sibuk2 dengan hal dunia lah katakan. Okayla cerita sedikit, seronok lah cuti di rumah. Sambil buat kerja rumah. Tambah lagi kita dalam bulan puasa ni, kena lah lebihkan amalan kita. Mana tahu Ramadhan kalini yang terakhir buat kita. Kan.

Alhamdulillah, masih lagi dapat berbuka bersahur bersama seisi keluarga. Syukur sangat-sangat. Kadang2 teringat bagaimana insan2 yg kurang bernasib baik diluar sana, tapi apakan daya, kita doakan supaya mereka2 diberikan rahmat serta berkat dalam hidup di atas muka bumi ini.

Dalam bulan yg mulia kalini, AIZAT berkesempatan lah jugak untuk buat kuih raya seperti Almond London, Honey Cornflakes dan Semperits. Hah ni sebablah kita sibuj sikit, banyak order dari sanak saudara lah katakan. Ehh untuk persiapan raya ? Herm macam biasalah, pakai baju melayu yang ada, tema pulak kengkonon nak buat rahsia. Tunggu jelah 1st syawal nanti. *tiba2 rasa tak sabar nak beraya, kumpul duit raya HAHA.

Di penghujungnya, jgn lupa azam2 yg kita dah letakkan untuk bulan Ramadhan kalini. Sentiasa dgn niat, dan belajar beristiqomah dalam amalan. Nampak scra zahir mmg susah, tapi kita laksanakan dgn penuh taqwa yang kita cari2 selama ni. InsyaAllah di akhirnya kita boleh sama2 mencapai maghfirah dalam bulan ini :)  

Sebenarnya AIZAT rasa tak sabar nak jumpa bulan syawal, bulan mulia yg mana kita digalakkan untuk bermaaf-maafan. Zahirnya manusia ini jahil dan alpa dalam hubungan perantaraan manusia mahupun tuhan sekalian alam, tapi kita masih ada nilai kasih sayang antara satu sama lain. Moga Allah redha akan apa yang telah berlaku buat hingga sekian kini. InsyaAllah, semoga kita dapat terus beramal dan kejarlah malam itu.                                              

P/s: mendoakan bulan ogos penuh dengan keceriaan dan kebahgiaan buat kita semua
Post a Comment