no right click

Tuesday, August 28, 2012

last syawal.

entry lama sebenarnya, kengkonon nak flashback raya eidulfitri tahun lepas bersama arwah nenek, juga saudara sepupu keluarga tercinta. bila mengenangkan, rasa sedih nya terpacul dari lubuk hati ni, namun untuk merawatinya, cumalah dengan melihat gambar2 ala kenangan yang lalu. bak kata orang putih cakap, for some life lasts a short while, but the memories it holds last forever. 

herm, sebenarnya inilah kampung sebenar kesayangan kami semua, dimana dari umur kecik lagi, kami beraya disini. dulu ada arwah onyang, yang bergigi kaler emas, dan suka makan or gigit daun sirih, eh? AIZAT pun dah lupa. sampaikan rindu dengan basikal arwah, dan juga gubahan2 bunga serta kerepek buatan tangan nenek.

kalau nak ceritakan, macam2 kisah dan cerita nak share, tapi makin lama makin nak nangis pulak bila menaip diatas keypad ini, hehe. so ta na citer panjang, jum usha2 n komen gambar yg AIZAT capture ni.




























Rasa tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin dari AIZAT dan sekeluarga buat kepada semua pembaca AIZAT yg setia2 mcm korunk ni, hehe

p/s: bulan syawal ni bulan menternak lemak kan? HAHA

Saturday, August 25, 2012

happy eid mubarak.

tahun ini tahun pertama beraya tanpa along, kakak sulong yang sedang berada jauh di perantauan sana iaitu di Dublin, Ireland. kurang ceria di pagi hari bila tak cukup ahli keluarga ni kann, juga seorang adik yang sedang sibuk beraya ke sana sini, sampai pagi raya, terus hilang, haha. LOL. makanya tinggal lah kami berenam yang suka bergambar ala2 fotosut gini, hehe.

okay, tahun ni jugek tahun pertama beraya di rumah "villa sentosa". Dimana rumah seperti rumah kena tinggal ala2 rumah agam terbiar di pelusuk kampung Ijok parit mahang (Selangor) yg kanan kirinya dipenuhi ladang kelapa sawit dan juga pokok getah. nahh nampak tak macam mana situasi dan juga lokasi rumah ini terletak. namun, rumah ini sebenarnya berkonsepkan ala2 "weekend home", maksudnya bila tiba hujung minggu, kita kena balik ke rumah sini, hehe.

tahun ni tema kita combine, ada gold chocolate and yelow mustard, hehe. make it simple jerh, sebabnya mood raya macam takde tau. yela, pagi raya pun, terkenang2 orang yang tiada dirumah dan memasing cuma menunggu kedatangan saudara mara di kuala lumpur. ye lah, kami sudah tiada kampung dah, jadi ini sahajalah rumah untuk kita berkumpul beramai-ramai.

ops, seminggu tak update blog, biasalah seminggu raya kan, hehe. so, enjoy our picture rayya!

















tahun ini jugak, hampir kesemuanya datang. saudara sepupu belah ayah dan ummi. yang bestnya, bila datang mai rumah ada jer baby comel ikut, bertambah2 cicit-cicit keluarga, hehe. makin meriah lah tahun raya akan datang, sebab makin lama makin besar, sampaikan dah tak terkiranya berapa bilangan anak buah sekarang ni, HAHA. 

p/s: AIZAT student lagi. so AIZAT masih lagi boleh dapat duit raya la, hehe

Saturday, August 18, 2012

the last ramadan ?

wahai dikau…renunglah engkau akan nasib diri
wahai qalbu…sedarkah engkau akan gerak hati
wahai aqal…terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi


andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali buatmu
sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
kematian…adalah sesuatu yang pasti

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
biarpun anak tekak kering kehausan air
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu…kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjai…
sungguh khusyuk lagi tawadhu’
tubuh, minda, dan qalbu…
bersatu memperhamba diri
mengadap Rabbul Jalil…
menangisi kecurangan janji

“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin”

[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku… kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dipersia begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang…bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
berterawih…berqiamullail…bertahajjud…
mengadu…merintih…meminta belas kasih

“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi…aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU”

oleh itu duhai Ilahi…
kasihanilah daku hamba-MU ini

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru…kita cari…suatu malam idaman
yang lebih berkat dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
mempersiap diri…rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan …lorong-lorong redha Ar-Rahman
duhai Ilahi….

andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti…paling berseri…
menerangi kegelapan hati-hati kami
menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasih sayang mu Ya Ilahi…
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti


AlFatihah buat nenek tersayang Allahyarhamah Hajah Tabariah. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman, IA :(

tahun ini AIZAT beraya tanpa nenek mahupun atuk. Suboh tadi masa habis solat berjemaah, terdengar suara ummi menangis tika mendapat panggilan dari kakaknya, mengenangkan arwah yang telah pergi dimana selama ini tempat untuk ummi beradu mengamba kasih sayang dari seorang emak, iaitu nenek AIZAT. Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan itu. :(

p/s: andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita, maafkan segala kesalahan yang pernah saya lakukan samada secara sengaja ataupun tidak. *sharing is caring. (ini adalah entry repost, kerna bagi saya untuk kita muhasabahkan diri selain bersendirian adalah dengan membaca)



Thursday, August 16, 2012

a date at the apartment.

yeay next iftar dekat the apartment. actually, AIZAT nak pergi Ben's tapi fully booked, menyampah pulek bila call dengan harapan yg tinggi supaya dapat beriftar disitu, tapi dah penuh booking dia, sedihh. tapi takpe, terus tuka plan and cariklah tempat nak berbuka. so, AIZAT pun try la makan dekat the apartment ni. sebelum ni pernah dtg jugek, tapi AIZAT just beli take away sajorh, huhu.

so, yesterday dapatlah AIZAT berbuka puasa disini. tempat makan dia sangat luas jugaklah, yg mana ad seat couple, family dinning style, sofa and cushions die provide, coffee table also. then, tempat ni sgt best utk melepak, berborak2 juga bergossip, hehe. tambah lagi dekat klcc, pandang sebelah nampak air terjun, chantek! orang kata sambil menikmati hidangan, sambil2 lah menghirup dan menghayati pemandangan indah klcc di kala malam, hehe. seriously its awesome babe! so wanna share something there, do enjoy yourself.
the apartment, KLCC

chicken and mushroom pasta with sunset silk
3 strawberry peach pavlova
best desserts ever!
im happy, im full.
night at KLCC
konklusi, tempat ini sangat ohsem. well, dengan suasana seperti berada di newyork, *tiru ayat firman dalam #KauYangTerindah @tv3Malaysia haha. sangat aman dan selesa. saya suka dining style sebegini rupa, private and affordable jugak lah price dkat sini, hehe.  

p/s: thanks for the day <3 font="font">