no right click

Saturday, August 25, 2012

happy eid mubarak.

tahun ini tahun pertama beraya tanpa along, kakak sulong yang sedang berada jauh di perantauan sana iaitu di Dublin, Ireland. kurang ceria di pagi hari bila tak cukup ahli keluarga ni kann, juga seorang adik yang sedang sibuk beraya ke sana sini, sampai pagi raya, terus hilang, haha. LOL. makanya tinggal lah kami berenam yang suka bergambar ala2 fotosut gini, hehe.

okay, tahun ni jugek tahun pertama beraya di rumah "villa sentosa". Dimana rumah seperti rumah kena tinggal ala2 rumah agam terbiar di pelusuk kampung Ijok parit mahang (Selangor) yg kanan kirinya dipenuhi ladang kelapa sawit dan juga pokok getah. nahh nampak tak macam mana situasi dan juga lokasi rumah ini terletak. namun, rumah ini sebenarnya berkonsepkan ala2 "weekend home", maksudnya bila tiba hujung minggu, kita kena balik ke rumah sini, hehe.

tahun ni tema kita combine, ada gold chocolate and yelow mustard, hehe. make it simple jerh, sebabnya mood raya macam takde tau. yela, pagi raya pun, terkenang2 orang yang tiada dirumah dan memasing cuma menunggu kedatangan saudara mara di kuala lumpur. ye lah, kami sudah tiada kampung dah, jadi ini sahajalah rumah untuk kita berkumpul beramai-ramai.

ops, seminggu tak update blog, biasalah seminggu raya kan, hehe. so, enjoy our picture rayya!

















tahun ini jugak, hampir kesemuanya datang. saudara sepupu belah ayah dan ummi. yang bestnya, bila datang mai rumah ada jer baby comel ikut, bertambah2 cicit-cicit keluarga, hehe. makin meriah lah tahun raya akan datang, sebab makin lama makin besar, sampaikan dah tak terkiranya berapa bilangan anak buah sekarang ni, HAHA. 

p/s: AIZAT student lagi. so AIZAT masih lagi boleh dapat duit raya la, hehe

Post a Comment