no right click

Thursday, June 30, 2011

incident june

1. jumpa ramai foreigner UIAM yg ambil paper bridging khususnya, sangatlah degil dan keras kepala batu tahap gaban punye! siyesly aku geram gile jage budak2 asing yang dtg malaysia ni. kau org cuba bygkan paper english, bahasa melayu pon nak tiru. apetah lagi paper fizik, kimia dgn math. perghh, last2 minute time exam nak habis mula lah pakai bahasa2 asing mereka utk sindiket meniru tuu. kang aku record jugak pkai hnset, then aku report boleh dapat duit 100RM kau tahuu, hahaha. aku mcm kesian jer tgk dorunk ni nk study kt cni, kang aku lodge report mampuih dorunk kena kuar dr malaysia ni. nasib baik aizat ni tak kejam lagi, HAHA

2. melayan kerenah budak2 asing a.k.a foreigner ini, yang pelik-pelik jer perangai mereka. ad satu kes, budak rusia ni angkat tgn nak pergi ke toilet. so aku kena lah follow, tunggu kat luar tandas. then dah smpai lebih 5minit kat toilet, dah lama sgt lah kann. aku masuklah. tgk die tgh smoking sorang2. "masyaAllah, why are you smoking brother? do you know this is the restricted area!" dengan muka slumber dia reply, "sorry, i can't answer all the question, so i'm stress and i need to smoking to release my tension". omg, what the hell kau nak hisap rokok kat sini, kau ingat uia ni bapak kau punye ker. hbis kau, exam last nnt, kau barred kan kau dari tak boleh amek apa2 paper exam lagi, HAHA

3. lecturer-lecturer yang sgt cool dan peramah. tak sombong and baik hati sebab suka bagi makanan dan minuman free2 jer. plus kdg2 tu selalu jugak ajak lunch sama2 dgn mereka. uhh saya segan lah mcm ni, hehe. eh rezeki dah ada dtg depan mata jgn ditolak okayy. kebiasaanya pensyarah2 dari celpad( centre for languages and pre university development ) ni seperti lecturer tilawah, english and bahasa ni lah yg baik2 belaka, HEHE

p/s: guys, bulan jun'11 dah habis, hoyeahh!!

Wednesday, June 29, 2011

judy moody !


if you’re like me, you love Judy Moody, hehe. Judy’s spunky personality, dramatic flair, and astounding ability to get into and out of sticky situations always keeps me reading. err not me actually, my sisters too! One of my favorite things about Judy Moody is that she takes everything at face value. her mood ring turns black? well then she must be in a bad mood. her substitute teacher installs an “attitude tent” in the classroom? well, then Judy must find out what attitude she should adopt so she can go camping, HAHA


popular chapter book character Judy Moody created by author Megan McDonald is coming out in the movies soon! in July maybe? The Judy Moody series and her brother Stink, who has his own spin-off chapter book series, will both be showcased in this movie. i'm not sure if the movie is going to do justice to the quirky humor of the books. :) here's the official movie trailer:

video

p/s: i hate transformer3 because i still can't get any ticket, damn! i just waiting for HP!!

Tuesday, June 28, 2011

BTW - born this way


about this episode, what i'm excited about is not Kurt's comeback or Lauren Zizes and Quinn's Prom Queen faceoff. yes, i'm excited about those things but not as excited as seeing and owning these Born This way / Wise Shot Shirts. they are so cute and to die for, i wanna have one of those, so far the shirts are like this:
  • Artie - "Four Eyes"
  • Brittany - "I'm With Stoopid" (Upwards Arrow) pointing herself
  • Finn - "Can't Dance"(awkward dancer)
  • Kurt - "Likes Boys"
  • Lauren - "Bad Attitude"
  • Mercedes - "No Weave!"
  • Mike - "Can't Sing"
  • Puck - "I'm With Stupid (Downwards Arrow)
  • Quinn - "Lucy Caboosey"
  • Sam - "Trouty Mouth"(Santana's Song)
  • Tina - "Brown Eyes"
  • Emma - "OCD" (Obsessive Compulsive Disorder)
  • Santana- "Likes Girls"
  • RACHEL-"Nose"
  • Will-"Butt Chin"
  • Sue- "Life Ruiner" (not sure)
i don't know Rachel's shirt but if it's not great or it's not suitable for me i might go with Finn's Can't Dance Shirt or Mike's Can't Sing. i seriously lack the dancing grace and i cannot sing or even karaoke, big weakness actually.. i'm currently on the process of figuring out how to get those shirts or i might as well make them myself.

p/s: but what sould i wear? ohh, I'm shy person.

Monday, June 27, 2011

working enthusiasm !

para pebijak di sekelilingku sering menghembus-hembuskan pesan untuk selalu rajin bekerja selagi muda. semua faham, bekerja adalah segala-galanya. apalagi untuk mereka yang telah berkeluarga.

yang masih sendiri pun kurang lebih sama sebenarnya. sebagai pekerja, status di mata calon mertua jadi meningkat. paling tidak, mereka agak yakin cucu-cucunya tak akan terlalu teraniaya keadaan suatu nanti.

boleh merancangkan masa depanya lebih cemerlang. berumah di tempat yang bertingkat-tingkat, bergaji-gaji dengan deretan angka digit yang banyak. andai meninggal cepat pun, ada ansuransi yang mengcovernya dan seterusnya dan seterusnya,haha.

namun semua itu tak membuat aku bekerja lebih semangat. apalagi di musim panas ini. jam tujuh pagi, kondisi di luar menambahkan lelapku yang tenat semalam. selimut dan bantal rasanya lebih nyaman daripada berdesakan bau-bau asap kota.

sampai pada suatu pagi, saya mendapatkan nasihat terbaik tahun ini dari makcik-makcik office. "kalau ingin semangat bekerja, jangan pernah menabung". nahh kau!

memang akan huru-hara juga suatu ketika. namun karena terdesak untuk mencari duit, mahu tak mahu harus melakukan apa yang harus dilakukan. sehingga boleh mengerahkan energi-energi terbaik secara maksimal.

saya fikir benar adanya. kita harus segera menghabiskan duit yang kita terima. jangan pernah berfikir dua kali lagi untuk memuaskan apa yang diinginkan. untuk memperolehnya saja harus berfikir, memeras otak bagai , masa membelanjakannya pun harus berfikir lagi? HAHHA!

p/s: semakin hari semakin kuat untuk bekerja, hehe

Sunday, June 26, 2011

speechless sunday

1. saya kena interview soal siasat dengan cara jarak jauh yang sangat menakutkan, huarrgghhh kau org cuba bayangkan, mcm bukan dunia nyata. tapi ia realiti okayy

2. muka dan pipi saya menjadi merah secara tibe2 dalam masa 5 minit in a hour, tak pernah pulak berlaku. so called blushing laah

3. tak makan dalam masa 5 jam dalam masa satu hari. ini rekod plg lama sekali pernah aku buat. boleh mati aku klau mcm tu, kes nya sebab busy. hahaha

4. jumpa budak kurang ajar tak ad adab dgn org tua. dasar kampong punya anak! sumpah tak berpendidikan langsung, benci betol aku tengok!

5. minggu paling cuak tahap gaban pernah aku hadapi! haha

6. hidup di kawasan rumah yang bohsan. mcm dunia kanak2 gitu, *menyampah meluat aku tengok hjari2 tiap-tiap petang lpas balik sekolah

7. pencuri dan perompak yang mcm banyak bwak sial kat tempat aku nii. setiap weekend mesti berlaku, tah kenapa mmg haramm betul budak2 nih.

8. penatkan carik duit. ingat senang ker mcm tunggu duit dtg jatuh dari langit. so saya penat minggu ini,huarrghhh tolonglah manager kurangkan kerja saye, hehe

9. semakin hari semakin rindu, iklan jap

10. mintak maaf sebab burung biru yang saya bela kat blog ni dah kena tembak, jd aku dah tanam dalam pasu depan rumah. so harap2 mayat dia tak mengganggu kat dalam blog ni lg, hehe


Saturday, June 25, 2011

you came to me

video

cuba faham lagu kat atas ini, mudah jer kan? okay, alhamdulillah pembaca yang dimuliakan sekalian, saya nak berkongsi dgn anda semua dalam sebuah hadith, nabi S.A.W bersabda: "perbaharuilah iman dengan memperbanyakkan menyebut LAAILAHAILLALLAH" . ulama' tafsir menafsirkan, sebut LAAILAHAILLALLAH ini bermaksud perbanyakkan cakap atau menceritakan maksud LAAiLAHAILLALLAH ini.

senang saje kawan2. ulama' telah memberi contoh, hati kita ni umpama seprti sebuah tasik yang mengalir didalamnya ada 4 sungai. jika air dari sungai tadi itu bersih, maka bersihlah tasik. dan apabila air tadi itu laju, maka penuhlah tasik itu. Jadi? bagaimana untuk mendapat hakikat kalimah LAAILAHAILLALLAH ini? gunakan lah perdengaran, percakapan, penglihatan dan pemikiran kita semata-mata kepada Allah supaya air sungai kita itu tadi bersih! kemudian kan, kena lah buat setiap masa supaya air tadi tu laju, maka hati kita akan cepat penuh dengan iman. insyaAllah

p/s: lagi laju air masuk, lagi cepat tasik itu bersih

Friday, June 24, 2011

let's CHILI'S our tummies ! ! !

This is the first time that I have eaten at Chili’s Grill & Bar at 1 utama. It was lunch time on a week day so it wasn’t as crowded as during the weekends. My friend and I had these dishes. The serving is really huge and I really stuffed my face with all this food. And not to mention the bottomless fruit juices (which has become very diluted now). The food here is quite nice although the meat can be quite tough at some parts.

It was a very sudden, unexpected decision and we head to Chili's and the result? Our wallet bleed T.T Suddenly feel like singing Leona Lewis: Keep Bleeding, HAHA. The food was very very delicious said the waiter (since its super expensive we force ourselves to admit its delicious !!!)

Lets me bring you to Chili's One Utama:
Welcome to Chili's ^^,

Before we start feasting! hehe Let me introduce to you Nur Aqilah Othman-it was to celebrate she's belated birthday..
i guess, kita start rapat since mase redaksi majalah sekolah dulu. so it quite long time a go, but at last we can build these relationship. terima kasih banyak-banyak sebab selalu teman aku makan sana-sini. kita tak boleh pisah ok, when i'm hungry i'll remembering you, haha. so happy birthday sister!! hehhe

next is Intan Fatin Syazwani Zainal Abidin a.k.a ifawani. my super duper sister, hehe. terima kasih lagi kerana menjadi driver kesayangan saya, setiap kali keluar wajib naik kereta peugeot dia dulu, AHHA

then, they are too excited to search for the choice of food.

Chicken Spaghetti (RM 21.95) - It combines a few of a favorite elements: creaminess, spiciness, texture, comfort, and simplicity. as well as intan, she's very simple but super hott! hehe

Grilled Salmon With Garlic & Herbs (RM 44.95) - 8 oz salmon fillet seasoned with garlic & herbs. Served with rice and seasonal veggies. qeyla ordered this, i'm sure that salmon is very delicious...right.

Crispy Honey-Chiptole Chicken Crisper (RM24.95) - Strips of chicken hand-battered then breaded and fried to perfection for the extra crispy crunch. Then topped with our spicy & smoky honey-chipotle sauce. i yang ordered this, and the reason was the dish's photo look nice -_-, hehe

this is super super super ohsem !!! HAHA *excited state

Molten Lava Cake (RM19.95) - the best desserts ever!! the ice cream melts like volcano, and the caramel is very tasteful !! you must have to order this, no big deal.

then, actually we want to sing a song HAPPY BIRTHDAY QEYLA like usop welcha HAPPY BIRTHDAY TO ME, but fatma the leader was not here, so we just suap2 sendiri sudah lah! haha

and this is how they are feels like ohh lava ohh lava ohh lava, HAHA
*focus at intan

Lastly the bills, I know our choice of food and drink sounds normal but our total meal cost RM160.85 *gulp gulp gulp

and for reminder, never kiss chili's okayy, hehe

At last, the celebration were fun and we have a lot of fun there. Gossiping, joking around, eating and more. Happy birthday Qeyla Qilot and this is the first time i celebrate your birthday right, oh how you are lucky to have me and intan. ops not forgetting, fatma the one is our big leader, huhu.

p/s: aku dah dapat pergi chilis, tercapai sudah, HAHA. so, kau org semua mesti try jugak makan dekat Chili's Grill & Bar ini. ada di Bangsar, Klcc, Mid Valley, Subang and G Hotel Penang sahaja !!

Thursday, June 23, 2011

mature state II

Apakah yang dimaksudkan dengan "pemikiran sesuai dengan usia"?
Pernah dengar tak dialog ni di mana-mana?

"Budak kecik tu pemikiran terlebih matang, padahal masih kanak-kanak."

Atau yang ini,

"Dah tua-tua pun pemikiran masih macam budak-budak.."

Usia dan Pemikiran, bagaimana anda selaraskan dua yang ini? dan perlukah diselaraskan? mengikut peringkat umur, kerana ada sesetengah perkara yang tidak sesuai dengan pemikiran golongan yang masih peringkat awal usia. Ya atau tidak?

Kematangan atau ketidakmatangan pemikiran mungkin disebabkan :

1. pergaulan (berinteraksi dengan golongan berbeza usia)
2. pengaruh persekitaran (pemerhatian)
3. pengalaman. (mengajar sesuatu, mengembangkan pemikiran, contoh dr 'sempit' kepada 'terbuka')
4. mendalami ilmu tentang sesuatu perkara tertentu

Okay cer tengok konteks ini. Apa pendapat anda tentang situasi ini?

1. Seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa keluarga porak peranda, tidak tahan dengan pertelingkahan kedua ibu bapanya, lalu cuba untuk bersuara dengan menasihati ibu dan bapanya. Dan ibu bapanya dengan mudah berkata "ko apa tau, jangan masuk campur..pergi masuk bilik!"

so, adakah ini kematangan untuk ibu bapa sebegini?

2. Seorang adik meminta pendapat daripada abangnya tentang sesuatu masalah peribadi, tapi abangnya boleh gelakkan dia dan dengan selambanya dia bagi pendapat, "ko buat ***** je la..."

so, di mana kematangan pada usia itu sebenarnya?

And ada orang kata, semakin meningkat usia, semakin matang. Padahal sekarang ni ada juga yang semakin keanak-anakkan. Waktu-waktu serius dia boleh buat lawak mongok. (sila jangan pandang saya). Dan ada juga yang sangat serius/skema semasa sesi orang tengah buat lawak, sampai orang menyampah. (sila jangan pandang saya lagi).

Okay soalan terakhir, bagaimana anda mengawal pemikiran? Untuk tidak memikirkan yang bukan-bukan..yang tidak-tidak? yang diluar batasan pemikiran anda? (maaf dalam kepala saya terlalu banyak tanda soal)

p/s: dear ya allz, manners easily and rapidly mature into morals and the experience will finalize your mature, hehe

Wednesday, June 22, 2011

wordless wednesday

p/s: how difficult to be a husband soon?

Tuesday, June 21, 2011

the drawing of nature

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitu aturan Tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Usah mengharapkan ke segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
Begitu ajaran Tuhan

Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah

Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
(Di) dalam jiwamu itu

p/s: ingat lagi nasyid ni? lukisan alam by hijjaz. erm, nasyid ni menyedarkan saya, bahawa dunia yang kita duduk sekarang ini hanya sementara sahaja. Allah hanya meminjamkan kita sekejap sahaja dengan nikmat yang diberikan secara meluas. InsyaAllah, kita sama2 cuba bersyukur atas peminjaman-Nya ini. amiinn.

Monday, June 20, 2011

he's a shy person ?

kau orang semua nak tahu tak, kenapa budak lelaki itu pemalu sangat kan?


1. unsur keturunan
hal ini merupakan faktor yang aku rasa tak langsung dan belum pasti lagi. sebab, sejak lahir lagi kan bayi-bayi ni terlihat agak sensitif dan kemungkinan hal itu terjadi kerana pembawakan saat ibu yang ketika itu sedang mengalami tekanan jiwa maupun fizikal. namun ini juga belum dapat menjadi suatu bukti yang kuat apakah kelak bayi-bayi yang sensitif itu akan menjadi seorang pemalu.

2. masa kanak-kanak kurang gembira
ada sebahagian budak yang mengalami hal-hal yang kurang menyenangkan pada masa jahilnya( iaitu kanak-kanak). contoh, orang tua dia suka sangat berpindah randah, suami isteri bercerai, grandparents meninggal, then dipaksa pindah sekolah lagi or dihina oleh teman dsb. semua pengalaman itu mungkin mengakibatkan terganggunya hubungan sosial budak itu dengan lingkungan mereka, suka menghindar atau mundur, dan tak berani nak bergaul dengan orang yang tak dikenali.

3. kurang bermasyarakat
sifat pemalu ni akan terjadi bila budak ni hidup dengan latar belakang dimana mereka ni diabaikan oleh orang tuanya, ataupun dibesarkan dalam lingkungan dan kalangan yang mengasingkan diri. terlalu sangat dikekang sehingga budak-budak ni tak dapat nak mengalami hubungan sosial yang normal dengan lapisan masyarakat.

4. perasaan rendah diri
mungkin perasaan malu ni boleh timbul bila kerana budakni bertubuh pendek, bersikap kaku atau punya kebiasaan yang jelek tahu. lalu dia pun berusaha untuk menutupinya kerana malu sangat dengan cara menyendiri atau menghindari pergaulan dengan orang lain seperti sahabat handainya. sebab utama, budak ni kurang rasa percaya diri dan beranggapan dirinya tak sebanding dengan orang lain, macam ia tak suka untuk memperlihatkan diri di keramaian.

5. pandangan orang lain
banyak budak yang jadi pemalu sangat ni kerana pandangan dan tatapan orang lain yang telah merasuk ke dalam dirinya sejak kecil lagi. maybe orang dewasa sering mengatakan bahawa dia ni pemalu. bahkan, guru-guru dan teman-temannya juga berpendapat yang sama, sehingga akhirnya ia benar-benar menjadi seorang pemalu. sedih sangat.

p/s: saya nak jadi pemalu jugak, sebab 3 perkara iaitu malu kerana Allah, malu kerana manusia dan malu kerana diri kita sendiri. so the answer is yess, i'm a shy person, hehe.

Sunday, June 19, 2011

one heart.

“Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [Al-Baqarah, ayat 216]

Berdasarkan ayat ini, ianya boleh menenangakan kita bila kita mula berasa kecewa. Kerana ia mengajar kita untuk redha dan menerima semua yang terjadi dengan tabah. Mengajar kita untuk mengerti bahawa langit tak selalunya cerah, ada masanya apa yang diharapkan tidak semestinya menjadi kenyataan. Kuatnya sebuah hati untuk menerima sesebuah takdir adalah pada meyakini bahawa ALLAH Maha Mengetahui.

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitu aturan Tuhan

Fokus kepada cinta ya, wahai remajaku sekalian, bukan nasyid diatas, HAHA

Bagi yang terpaksa melepaskan cinta, ayat ini dibacakan agar dia mengerti bahawa apa yang dicintainya itu bukanlah yang terbaik. Berhentilah dari menyayangi dan lepaskanlah ia pergi. Ada yang lebih baik sedang menanti, insyaAllah.

Tetapi, ayat ini, jika diteliti ia membawa sesuatu yang lebih indah dari sekadar penawar untuk melupakan. Ayat ini bukan sahaja memberi kekuatan untuk kita melepaskan bahkan ianya juga memberi kita sebuah harapan untuk terus berusaha pada sesuatu yang anda sukai dan cintai.

Kerana apa? Jawapannya ada pada penghujung ayat ini. Sebuah pesanan yang sering kita terlupa memandangnya.

“… ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

p/s: Tak perlu tunggu saat sudah kecewa baru mahu membacanya. Ia ‘versatile’ untuk setiap keadaan untuk mengajak kita berusaha menjadi yang lebih baik. Ia sebuah penyuntik semangat pada setiap masa. Bukan pada saat kita sudah terluka ataupun terjatuh. Teruslah berusaha walaupun kita tidak tahu apa akhirnya. Ingatlah, sesungguhnya ini bukan entry untuk kita bercinta lagi, hehe

Saturday, June 18, 2011

thanks daddy !

dulu kan, aku ada sejuta impian kan. nak tggu present dari daddy. bersambung dr entry yg nii. so, inilah janji ayah pada sya, hehe. terima kasih ayah. nak peluk ayah malu, nak cium ayah pun malu, hehe.
kasut adidas yang sengat best bila pakai. rasa cool sangat, HAHA
nikon D7000 plus kit2 bagai. this is super awesome bebeh !

p/s: thanks god for giving me a super hero daddy. he's very hardworking ir, and i hope he will be a great ir in class A! aminn. tomorrow kan FATHERS DAY, so ummi nak buat surprise dinner kat andalus, hehe.
actually ada lagi satu sejuta impian saye, HAHA

Friday, June 17, 2011

a short tazkirah suboh

Semalam, aku mendengar kuliah subuh di masjid Kampung Sungai Tua ini berhampiran dengan rumah aku. Kuliah tersebut berkisar tentang adab-adab di hari Jumaat. Ketika menyampaikan kuliah tersebut, ustaz berkenaan sempat juga menceritakan banyak peristiwa penting yang berlaku pada hari Jumaat.

Di antaranya termasuklah Hari Raya Korban (Jumaat, 27 November 2009), gerhana matahari yang lepas jatuh pada hari Jumaat (tidak pasti tarikhnya), Awal Muharram (Jumaat, 18 Disember 2009) serta Maulidur Rasul yang akan disambut pada hari Jumaat ini, 26 Februari 2010.

Ustaz berkenaan memaklumkan ini adalah petanda kiamat akan berlaku dalam tempoh terdekat. Namun ustaz berkenaan tidak pasti sama ada terdapat hadis yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku serta kaitannya dengan hari kiamat. Mungkin ini adalah secara kebetulan sahaja.

Aku teringat pernah menerima emel yang berkaitan dengan peristiwa penting yang jatuh pada hari Jumaat. Namun aku tak dapat membaca dengan sepenuhnya kerana terlalu banyak emel yang perlu disemak dalam 'inbox'. Rasanya dah pun ter'delete', hehe.

Dalam pada itu, aku cuba mencari artikel berkenaan peristiwa-peristiwa penting ini melalui internet. Beberapa blog lain yang sempat dibaca juga menambah selain dari peristiwa-peristiwa yang aku nyatakan di atas, termasuklah hari Krismas (Jumaat, 25 Disember 2009), Tahun Baru (Jumaat, 01 Januari 2010), Hari Wesak (Jumaat, 28 Mei 2010), Nuzul Quran (Jumaat, 27 Ogos 2010), Hari Raya Aidilfitri (Jumaat, 10 September 2010) dan akhir sekali Hari Deepavali (Jumaat, 05 November 2010).

Wah..! Tak sangka kan ada yang sanggup meninjau kalendar masa depan hari-hari kebesaran yang akan berlaku untuk menguatkan hujjah. Dari sudut positifnya, memang digalakkan untuk mengingati antara satu sama lain tentang kematian, hari pembalasan dan sebagainya. Namun, ini semua kerja tuhan, Allah yang menentukan segala-galanya. InsyaAllah berbalik kepada lumrah kejadian kita ya, hidup kita akan sentiasa dirahmati-Nya. amiinn.

p/s: yang pastinya, Kiamat akan berlaku pada hari Jumaat, Wallahualam.

Thursday, June 16, 2011

Midnight Bakula

tajuk entry ni di isnpirasikan oleh fragrance The Body Sope yg baru, hehe. erm, smlm kan aku tgk kl gangster weh. first time aku tgk citer melayu dekat wayang, HAHA. sbab usually aku akan download saje from warez, tapi rmai cakap best, so layann laah. haa, nasib baik smlm takder budak sekolah, kalau tak dah lama kecoh kat pawagam tu ngn bdak2 kurang kasih syg ni, HAHA. okay aku taknak review citer tuh, sbab ak dah bce bnyk dkat blog orang, hehe.

erm, smlm pergi KLCC sebab nak carik perfume baru,hehe. and lagi satu ad event utk opening megasale 1malaysia, knonnya nk bergambar dgn YB Dato Sri Ismail Sabri tuu. tapi jgn harap lah kann,haha. dan juga bolehlah nak lunch together with ira fuji, hehe. tapi dia busy plak.

ada baju BIGBANG weh dkat uniqlo tu!! limited offer lagi. nampak tak? mmg aku nak beli satu, tp nak beli ngn ana sekali laah, sbab dia peminat setia band nii, huhu. nnt kte kluar sme2 eh, hehe. eh, tbe2 je aku jadi fanatik gila ngn BIGBANG band korea nih, haha.

dan apa yang kau org nampak skrng, fresh macaroons lagi, 6 pieces for RM23.00. ingtkan tgh sale, so semua dia bg turun harga. rupanya dia naik lagi harga utk macaroons ni, huhu. smlm xdpat nak beli sbab mahal sgt kot. 1 biji costly for 4RM, boleh beli cake secret recipe tauk, haha

The Body Shop, mmg i suke beli perfume dekat sini, siap ad mmbership card lagi okayy,huhu. dan kali nii aku beli body mist Midnight Bakula. bau dia sangat2 nature. aku suka bau camtu. hope dpat bertahan lah sebotol utk sebulan berkerja, hehe.

ini dia diyanah rodzi. budak kem yg dulunya tak pernah aku tegur, then she req me at facebook. terus jd friendly sgt, haha ye ker? btw thanks for the day and wayang too. tak sia2 lah kau ajak aku tgk kan, haha

and lastly, the funky fresh. haha gigi aku tak nampak tuu? sgt okay kann, haha. aku pon ad bju mcm Glee jgak laah, haha. kau hado?

p/s: i am a shy person, do you agree?

Wednesday, June 15, 2011

finale GLEE

Puck, Sam, Mike and Artie perform a bella notte song by Lady and The Tramp. it was a very awesome for the sweet couple-Finn and Rachel Berry.
After everything they’ve overcome in Season 2, it has all come down to Nationals. and after making up with Rachel in the bathroom, Charice took the stage and performed a larger-than-life ‘Glee’ original tune, ‘As Long as You’re There’ for Vocal Adrenaline.
It was time for New Directions to make their first move, and Rachel and Finn dueted on the best ‘Glee’ original yet, a Finn-penned ‘Pretending,’ and the rest of the glee club took the stage behind them. At the end, we got our big unexpected kiss, as Rachel laid one on her true love and the room went completely silent and they did with an ensemble performance of their original ‘Light Up the World,’ which got a standing ovation.
Back at home, Kurt shared the details of his trip with Blaine over coffee, and Season 2 drew to a close with yet another exchange of ‘I love yous’ — but that’s not all. Sam and Mercedes found themselves in the coffee shop, too, and it’s there that we notice that they’re holding hands.

p/s: I'm really sad actually . Last two night was the season finale for the GLEE, my favorite tv series . I can say that, since a couple of months ago, it's been my favorite tv series & i never missed to watch all the episode every Tuesday night . i don't really like the ending but still, i'm glad because Finn & Rachel become a lover again which i really love to see they both being together again . even though they did not win at the National Championship Choir Competition but, for me they did a good job, singing their own song. for me, they already a winner inside everyone hearts . waa, i can't wait for the season 3 ( kalo ada lah ) . I'm pretty sure that there is a season 3 . Just wait & see !!!

Tuesday, June 14, 2011

i love my daddy !

i wish everyone play this video and try to understand. it's really meaningful and such a great song ever! i want to dedicate this song for all fathers in this world. HFD!

video

All of my life I have watched you climbing mountains, chasing dreams
All of my life you gave me everything, but you don’t have to give the world to me

Just say you love me as I am, say you want me as I am
Say I’m someone in your eyes it’s all I wanted to be
Oh just let me go I know, one day, if I’m aloud, if I’m aloud one day I’ll make you proud

All of your life you’ve taken chances, you broke the rules time after time
All of your life you’ve gone your own way so give me this chance and I’ll go mine

Why can’t you say you love as I am, say you want me as I am
Say I’m someone in your eyes it’s all I wanted to be
Oh just let me go I know, one day, if I’m aloud, if I’m aloud one day I’ll make you proud
Oh one day I’ll make you proud

And trying to please you now is all I seem to do
I’m holding my dreams down, it’s breaking me in two
I’ve got to be me now
Cause there’s already one of you
I’m on my knees so help me please
Please don’t shoot me down cause
Though you can’t see it someday I’ll make you proud

p/s: i love this song-Proud by Jez Britannia High, awwh. i cry every time when i hear this song and i know every word off by heart

Monday, June 13, 2011

my super hero.

okay ini pesanan dari penaja. nak buat iklan promo jap. haa tahu tak T.G.I Fridays ni apa? restoren antarabangsa yg mcm sesuai utk casual dining and etc. alah mcm Carl's Junior jugak. kedai nih famous dgn mknan2 segar and mouthwatering American classic, mcm burger-burger and desserts-desserts yang sangat2 lazat dan sedapp! marbeles gacuuu;

restoren kaya yg mahal lg kaya ni ada kat Pavy, OU, Sunway and dengar2 dorunk nk bkak cwngan baru dkat Alamanda Putrajaya. haa siti rahimah, you boleh bwak ayahnda you pergi situ hari ahad ni,okayy.

so, this is the T.G.I. Friday's Father's Day Promo..
Treat your dad, your super hero for a main curse, on us this Father's Day, 19th June 2011 !
14 lucky winners will get to treat their dad this Father's Day.
It's simple and easy, be creative and describe your dad why is he your super hero in three words.
Hurry up, closing date is 15th June 2011. It's tomorrow!!

p/s: last week, birthday ummi, dad bg gelang jade special from china. and now, ummi plak xtahu nak bg ap. guys, any suggestion?

Sunday, June 12, 2011

baby day out !

last thursday, i had spent time with anak2 ummi marjunah and anak2 babah too. they such a sweet pair for playing and making fun together. how cute they are. nowander, they will have jodoh one day kan. sadly, we want to play the kite, but its in early morning. so we just have a wonderful time, jogging around taman metropolitan at kepong. so funny lah, looks like when i'm still 9years younger, haha. thanks for being my cute baby model ever!! hehe
p/s: i need comment, hehe

Saturday, June 11, 2011

are we brother ?

Lebih tua dariku
Harap sabar menunggu
Kepulanganmu ku tunggu

Bukan maksudku mendiam
Tiada niat menyimpan dendam
Hakikatnya rindu yang mendalam
Jalan ini kan membantu
Hari esok siapa yang tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua

Pagi yang gelap
Kini sudah terang
Aku adikmu
Dan engkau abang
Ku amat merindui kamu
Pagi yang gelap
Kini sudah terang
Aku adikmu
Dan engkau abang
Inginku ulang ke masa dulu

Tak akan putus hubungan kita
Tarik nafas lega kerna aku tak apa-apa
Jalan ini kan membantu
Hari esok siapa yang tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua

suddenly, this song has been ringing in my head after my sister played it constantly. the melody is so mendayu-dayu…eh rock jugak laah kan. arrghhh, brings memories of lost relationship! haha bukan my memories ya dear readers, jangan salah sangka.*wink2. err, i can't find the videoclip actually – the kind i wish Malaysian singers would make laah. this song is sang by Hujan, a popular band singer and the vocalist and guitarist also in this song is Noh a.k.a Mohammad Noh Salleh. no wonder, he get married with Mizz Nina yg sgt gorgeous tu kann!

actually what it comes to my mind laah, ia memperlihatkan seorg abg yg amat merindui adiknya dikala adiknya telah meningkat dewasa...kenangan manis yg sukar sekali dilupakan...kepatuhannya kepada kedua org tuanya. bak kata pepatah, air walau d'cincang sekali pun tak akn putus...begitu lah persaudaraan adik-beradik dikala menghadapi sebarang konflik keluarga. remember, hidup ini hanya lah sementara di dunia...ketepikan lah segala kebencian, ketidakfahaman, keegoan, dan ketidakserasian sesama kita manusia ciptaanNya.

p/s: i thought penyanyi lagu what you waiting for tu artis luar negara, but she's from malaysia okay. saya rindu adik saya, mana dia?

Friday, June 10, 2011

debat is debate !

"william shakespear pernah bermadah, untuk melihat kita perlu berdiri, untuk didengar kita perlu petah berkata-kata"

"umpama si bunga dedap, sungguh cantik dipandang mata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa"

ini adalah favourite opening masa saya berbahas and berdebate, hehe. kira macam trademark jugaklah bila masuk pertandingan and etc. aku mmg suka buat openning yg mcm gempak kononnya, padahal biase2 jer kann, haha. actually, semua ni dari tunjuk ajar senior dan cikgu2 aku since dekat sekolah agama dulu.


starting dgn syarahan BI masa form2 peringkat sekolah, first time masuk dah menang, hehe. then alhamdulillah dapat pergi ke peringkat daerah, menang lagi. masuk ke peringkat negeri jer, dah kalah di sambbst. sama juga masih mngkekalkan johan semasa form3, dan sampai ke peringkat negeri masih kalah di samtaj shahalam. tak penting sgt pun, cuma pengalaman semua tu yg mematangkan diri kita semua. kann2

1. warga tua wajar ditempatkan di rumah kebajikan
2. ipts merupakan instrumen pendidikan terbaik
3. kemasukan filem asing wajar disekat
4. pelajar samseng wajar dibuang sekolah( tajuk plg bosan! )

dan yg plg seronok, semasa di sekolah menengah teknik selangor sungai buloh. saya diberi peluang lagi utk join bahas and debate masa form 4. sgt seronok sbb dapat berkongsi idea bersama2 senior. terpilih utk mewakili pertandingan pidato piala diraja peringkat daerah. lepastu, masa form5 lagi berkuasa lah aku, haha. kena masuk semua, sgt seronok. sbab buat kali kedua dapat mmepertahankan kejuaraan bahas sekolah setelah sekian lamanya. sgt tak sangka dgn berbekalkan hanya 2cikgu bahas saje yg sgt komited dgn kami semua.


and last but not least, kenangan yang terindah di KMTJ. semasa english festival, saya mewakili practicum C1T2 bersama norafifi, abdul dan khairul. mula2 sgt susah utk training, tapi dgn semangat utk mnjuarai dan mmbantu rakan, akhirnya saya mampu utk melakukannya. terima kasih atas sokongan budak2 kelas dan juga sir rzak sbgai coach kami. sgt sengit perlawanan nya dan sgt best bila menjuarainya.

1. superman, spiderman, batman : superheroes or misleading idols ?
2. educated parents will produce successful students ?
3. distant learning affect the relationship between parents and children ?( ini plg kelakar )

p/s: rindu sangat-sangat nak masuk bahas ala parlimen lagi!! harap2 dapat masuk mase dekat universiti nnt, doakan aizat dapat ipta yer! aminnn

Thursday, June 09, 2011

ate tutti frutti

okay ini first time i makan dekat tutti frutti di berjaya times square. wahh tempat plg tak ramai org dtg, haha. erm tak tahu kenapa, masa lunch perut kan lapar nak makan. so tgk semua tempat penuh. jadi aku pon try mkan tutti frutti nii, hehe. sgt seronok okay!
cer tgk, kedai die pon senyap jer. so mmg sesuai utk bergossip2, hehe
tgk lah muka saye yg sgt menikmati tutti frutti nih, taksub terus!
harga yang sgt lumayan, 2 for 42.80RM ,nahh
she's qeyla. teman utk sye makan bersame slmenyer, hehe
suddenly, we meet jah. our kaklong,huhu mcm family laar kan

overall, sgt lazat mkanan nyer. eh die buah2han yg sgt freshie okay. lagi terbaik dr ladang tuh. ad mcm2 jenis flavour and topping. mmg bestlah makan dekat sini. rasa nak bwak anak2 babah pulak dtg mkan sini, hehe. so apa lagi, what you waiting for? jumlah try berdekatan di klang valley ada banyak tauk.

p/s: mmg aku nak pergi lagi makan tutti frutti nih, tapi aku tak boleh makan mknan ni jeh sbab nnt aku lapar. so aku kena pergi makan dekat chilis, tgif dan fullhouse pulakk!! anyone can accompany me? won't you, hehe eh shall we?

Wednesday, June 08, 2011

i miss you !

Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu

Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahgiaan

Orang-orang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya

Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri yang solehah
Keluarga bahagia

Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera

Merindukan tertegaknya
Kalimah allah di muka bumi
Dan dalam merindukan
Keampunan Tuhannya
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu kepada Tuhan

Islam adalah agama fitrah. Cinta dan rindu adalah fitrah seorang insan. Islam datang untuk menunjukkan cara sebenar mengendalikan cinta dan rindu. Bukannya menafikan rindu dan cinta itu hadir dalam kehidupan seseorang.

Perbuatan orang yang bercinta itu yang perlu dipersoalkan kerana mendahulukan nafsu daripada iman yang terdapat dalam sanubari mereka.

Jangan terlalu membenci cinta. Sudah banyak kita perhatikan orang yang menentang cinta yang hadir dalam dirinya dengan tentangan yang padu, akhirnya dia sendiri tersungkur dan menjadi orang yang lebih teruk daripada orang yang tidak membenci cinta sepertinnya.

Ini bukan untuk mengalakkan pasangan untuk bercinta. Bukan itu tujuannya. Tujuannya adalah, biarlah orang benar-benar faham apa itu cinta yang dimaksudkan oleh syarak.Apa itu rindu yang sebenar. Cinta dan rindu bukan hanya tertumpu pada lelaki dan wanita. Jika difahami sedemikian maka terlalu sempit pemahamannya. Cinta dan rindu itu umum.

Tanpa cinta maka kita akan berbalah tanpa meletakkan sedikit kecintaan pada sahabat seagama kita. Tanpa cinta maka kita tidak akan memandang seseorang yang berbeza pendapat dengan kita dengan pandangan yang mulia. Tanpa cinta semua akan jadi pincang. Ini hikmahnya Allah taala ciptakan cinta. Bukan untuk disalah gunakan. Tapi untuk dimanfaatkan sebaiknya.

p/s: biar orang membenci, tapi hati kita tetap mencintai. biar orang lupakan kita, tapi kita tetap merindui , hehe.

Tuesday, June 07, 2011

banana muffin cake with chef ame

entry pertama chef ame nak mengajar nih cara-cara untuk membuat "banana muffin cake". kann, babah dah janji nak share resepi kann. haa apa lagi pergi amek buku nota dan pensil satu batang. salin bulat2 yer resepi chef ame nih, hehe

BAHAN-BAHAN
1. pisang berangan
2. minyak masak
3. telur ayam gred A
4. tepung gandum
5. perisa vanila star brand

6. baking powder
7. bicarbonate of soda
8. overlette

0kay untuk menyediakan bahan dan ramuan, kita bahgikan kepada 3 bahagian, iatu bahagian A, B dan C. yang pertama sekali adalah bahagian A. ahha, mestilah A yg first dlu kann. erm, hari ini kita akan buat satu bancuhan dahulu yer. ingat ini untuk satu bancuhan sahaja.

BAHAGIAN A
pertama, ambil pisang dan potong pisang itu menjadi bentuk yang lebih kecil dan masukkan nya kedalam blender iaitu pengisar yer makcik2. dan jgn lupa masukkan 3 sudu besar minyak masak supaya memudahkan lagi pisang itu hancur dgn lumat-lumat. eh betul ker ni? haha ikut jer. selepas itu masukkan juga 1 sudu besar overlette. tahukan apa itu overlette. then, kita kisar lagi kisar lagi mcm roda impian tuh, hehe.


selepas dikisar, hasilnya akan seperti begini. nampak tak betapa magiknya pengisar ini dengan hanya 5minit sahaja pisang-pisang itu boleh hancur berkecai dan menjadi satu liquid. mcm proses kimia lah pulak. alah biasalah nak memasak, kenalah aplikasikan semuanya kann, hehe.


BAHAGIAN B
selepas itu, pecahkan 4 biji telur dan masukkan kedalam satu besen. eh bekas yang lebih besar lah supaya senang utk anda menggaul-gaul dan memutar-putar menggunakan mixer ataupun sudip kuali makcik2 semua tuh. haa jgn lupa masukkan 3sudu gulu kaster yeh. pemanis cake muffin.

BAHAGIAN C
teruskan masuk bahagian A ke dalam mangkuk besar di bahagian B tersebut. dan selepas itu, masukkan 1sudu kecil vanilla flavour, baking powder and bicarbonate of soda. dan apa lagi dah gaul-gaul ler sampai sebati-batinya nyer makencik sekalian.


sudah habis bahagian A, B dan C, kita akan buat finishing plak. memasukkan bancuhan cup cake kedalam tray yang comel-comel ni. jgn letak sampai 2 lapis yer, nnt ummi marah. failed katanyer. takde bakat langsung utk memasak jd mcm anak ummi nih, hehe. alamak tercomot pulak, biasalah buat dgn anak2, jd mcm nilah kan, hehe.


selepas siap masukkan bancuhan kedalam cupcake tadi tu, kita dah kena panaskan oven yer. letakkan dalam suhu diantara 150 smpi 160 darjah selsius saje. jgn panas2 sgt yeh. dan diovenkan selama 15minit sahaja. jgn lame sgt, kang terbakor hitam pulak, lg tak lawa. haha


sambil tunggu 15minit, kenalah bergambar bersama cupcake di oven. nampak lah jugak budak kecik muash ni tolong memasak sekali, hehe. dan hasilnya, sperti dibawah. cantik tak? eh comel tak? haha. nasib baik xbnyk jerawat, hehe. tahu tak jerawat apa? kan selalu ad nanah tu, then kita picit dia pecah. see, cupcake yg i bwat ni xder pecah2, so menjadilah muffin cake pisang nih.


p/s: kene ikut step by step yeh, jgn nak main campak2 jer. sedangkan chef ame pun buat campak2 jer, haha konon dah pakar lah kan, hehehe. kena marah ngn ummi baru tahu, haha. selamat mencuba banana muffin cake chef ame nih, hehe