no right click

Tuesday, May 31, 2011

the diary of a matrix kid.

minggu pertama budak baru masuk kolej, apa lagi semangat belajar sampai pkul 12 lebih, hehe. dan semangat itu ditambahkan lagi dgn lampu meja study bersama-sama dgn rakan nya sharif. namapk tak kami study smart ni? berkongsi bersama-sama,HAHA
seterusnya, budak baru ni bosan dduk dalam kolej, lalu dtg seorang classmate nya yg bernama hafiz, ajak balik rumah sama-sama. ohh masa ni sgt2 terharu, terus dpat kwan dari KL yg baik and happy go lucky,hehe
dan lagi, balik bersama-sama kawan lama nya semasa menuntut di sekolah menengah teknik dahulu. dia nya yang berkaca mata dan tampan lagi iaitu iyad dan luqman. kiterkan bff,hehehe
seterusnya selama 3 bulan di sana, mendudukinya ujian pertengahan semester. buat pertama kalinya ahli2 dorm bergabung dan membuat ulangkaji serta bersepahkan dorm bersama selama seminggu,HAHA
pada awal bulan lapan, dia sgt bertuah kerana dianugerahkan shabat2 sperjuangan yg baik-baik belaka kerana ap, mereka menyambut hari ulang tahun nya yang ke-18. sungguhpun bertuah lah dia kerana di prank kan jugak pada akhirnya. kesian, stelah 2tahun tidak kena musibah sebegitu. tapi, dia rasa happening sgt sbab mereka semua ingat dia,hehe

ada yang menyeronokkan dia, dengan ada nya english festival di kolej. apa yang seronok adlah ada debate competition among practicum. so nowander lah dia ni mesti nak masuk pertandingan yang bercakap2 depan org ramai. dia sgt suka okay. dan akhirnya, dia berjaya mnjadi juara keseluruhan dan juga best speaker,haha. dia sgt teruja dan tak sangka sgt2, hehe
erm, saat subjek coco dipupuskan, dia telah belajar mengorganisasi satu projek iaitu perlawanan futsal. ohh tidak sangka kita hebat okay. dan ap yg membanggakan, pensyarah koko puji kelas dia,hehe. agak terharu kerana pensyarah yg disayanginya itu.
lagi meriahnya, semester 1 dia dihabiskan dgn berBBQ bersama practicumnya. ini adlah yg sgt seronok, pabila parcticum dia adlh class yg plg havoc sekali dlam kolej,HAHA. masa ni semua happening giler lah, smpi pkul 12 lbih lagi. mcm berparti liar, katanya.
dan sebelum bermulanya peperiksaan semester program matrikulasi (PSPM 1), dia menyambut hari tahun baru 2011 bersama-sama tuan pengrah yg comel itu, hehe. pada masa ini, dia membawa pengaruh GLEE terhadap kawan sekelasnya, hee die suka, HAHA

setelah tamat semsester 1, dia bercuti selama seminggu bersama-sama lagi sahabat handai nya yg terdiri drpd atira, adila, diana dan hafiz. percutian 3hari 2malam yang sgt indah kerana kehadiran org johor disana. bermandi-manda di ulu yam, melawat dunia i-city dan melawat midvalley mall. hehehe percutian yg amat tidak boleh dilupakan oleh dia.

semester 2 telah bermula, semangat cuti sentiasa dihati. tapi hidup mesti diteruskan. dia belajar membuat eksperimen kimia yg agak lah best dan juga ber grouping-grouping nih. so teamwork adlah yg sgt pnting semasa di semester 2 ini kerana practicum telah pun berpisah kepada 2 class, huhu
lagi seronok, subjek engineering ini ditambahkan lagi dgn class praktikal di makmal kejuruteraan. dia belajar mcm-mcm mengenai basics seperti plastering batu bata, simen dan kayu. dia seakan buruh kasar gitu, haha
seterusnya, dia diberi peluang untuk menjadi pelayan yg terhormat utk tuan pengarah kolej yg sgt comel dan segak semasa majlis persaraan beliau. dan dia sgt bertuah kerana dpat mencium tgn pengarah yg baru buat pertama kalinya, hahah
apa yang bestnya lagi, dia sgt aktif dalam club rukun negara. dan dapat mengisi pengalaman dia bersam ahli2 club nya utk melawat ke muzium negeri johor. lawa kan muzium tu. eh istana laah.
tambahan lagi, dia merangkap penolong setiausaha club itu, dan dapat membuat satu aktiviti bersama ahli club, untuk membantu mangsa banjir di johor pada bulan yg lalu bersama-sama YB daerah tersebut dan juga ahli-ahli kampung. pengalaman dia sebagai seorang sukarelawan telah mmbantu dia utk lebih giat aktif dlam bidang ini. lagipun, dia minat sgt. hehehe
dia juga berkesempatan utk bertanding dalam minggu kokurikulum kolej buat kali ke-2. dia telah memasuki pertandingan explorace dan dia telah menang sebagai juara keseluruhan. dia sgt seronok dan gembira kerana dia tak pandai makan cili dengan roti,haha
lagi best, dia telah mengajak kawan2 nya makan BBQ Chicken kerana dia mendapat baucher yg sgt lumayan. dan yg kelakarnya, kawan dia paus menamakan bbq as bff iaitu boyfriendforever, HAHA. kawan dia sgt sengal kan,haha
lagi havoc, apabila dia telah dianugerahkan sebagai KING of the night semasa makan malam dinamika utk penilaian terakhir. dia sgt suka dan sedikit bangga kerana mempunyai kawan2 yg havoc mcm dia. dia sgt terharu tau, haha
dan pada esoknya, dia telah mndpat amanat utk menjadi pengerusi majlis bagi mkan malam dinamika yg bertema raja sehari. dia sgt bersyukur krn atas kepercayaan yg diberi, dia berjaya mngendali majlis itu dgn jayanya, hehe. ini juga pengalaman dia sebagai MC di kolej. hehe
dan untuk akhirnya, majlis rasmi kolej disambut bersama pengarah kolej yg baru yang sgt cool melayu nya, haha. dia berhasrat utk mndpatkan lagi best dress, tetapi syg tiada pulak anugerah itu. dia barulah nak perasan naik atas pentas bersama dgn seseorang yg dia suka,hehe
lastly, pada malam terakhir berada dikolej, dia telah membuat satu parti kecil dan tidaklah liar sgt bersama bff dia yang terdiri dari shafik, anuar, fakhril. dan dia telah menyayikan lagu happy birthday to me utk hari ulang tahun shafik. sgt kenangan terindah bersama mereka.

pada hari terakhir, dia sgt tidak suka akan perpisahan ini. hehe lagu Aizat sentiasa didengari smbil melihat video lagu teman yg diberi. dia menangis dalam kereta, kerana dia tidak sempat utk berjumpa dgn kawan2 yg dia telah mmbuat dosa kpd mereka. dia ingin meminta maaf, cuma dia mmpu utk mnghantar pesanan ringkas sahaja. harap semuanya ikhlas mnerima dan pmergian dia drpd hidup mereka. hahaha

p/s: nowander, when he recall back, he miss you all laah!! (when is our vocation hah? PD!!!)

Monday, May 30, 2011

remember the lion story ?

video

Sempena hari mulia ini
Aku tersenyum lalu mengimbasi kembali
Semua yang kerap kita mengadukan
Kini jadi bahan rindu yang ku simpan

Ku harigai semua yang terjadi
Memang nyata dirimu takkan ada pengganti
Semoga kita dapat bertemu semula
Kerana aku yakin engkau akan sentiasa
Dihatiku..

p/s: fyi, this vid makes me remember you laah! thanks to the person because dedicate this video for me. really touching! menangis i dgr mlm2 okay, hehe

Sunday, May 29, 2011

still slim slender ?

masih ramping-ramping gituu, haha. okay ini entry budak gemok tuu nak belajar jadi kurus mcm saye, HAHA (perah santan jap). i'm noticed that, the biggest looser asia nak masuk season 3 dah kan? woah gempak tak gempak laah kann finalist dorunk, huhu. nak share, cuba baca AIZAT AF punya story nih,

I get this question almost everywhere I go nowadays. I wonder jugak apa bezanya diet dulu dan sekarang. Actually semasa dalam akademi dulu, Aizat yang paling sikit makan ( walaupun dlm diari I was potrayed otherwise) sebab takut berat badan akan menganggu penafasan untuk menyanyi. Aizat turunlah sikit but not ketara. So apa beza dengan sekarang? One thing for sure - DIET IS NOT EVERYTHING IN LOSING WEIGHT!! Maknanya makan, jangan tak makan. Two things yang Aizat avoid, Fizzy drinks and Rice (seminggu sekali je). Makan pulak ada timing - every 4 jam, makan small portions. Dengan diet is of course the WORKOUT/EXERCISE - 30 minit EVERYDAY!! Mentally, I tell myself I need to burn the calories I ate today. eg. 30 minutes of brisk walking will burn at least 200 calories. So what's new?? At the end of the day, I think the most important factor is our MINDSET! Apa yang really buat Aizat tekad was the fact that I lost 3 kgs in the first week selepas ikut diet/exercise diatas. Wow! It really inspired me. Kalau boleh turun 3 kg seminggu kali 8 minggu = 24 kg. and the rest is history! So kalau Aizat boleh, anyone can do it. Try it!

p/s: see, die pun suruh makan jangan tak makan okay. tapi mcm maner i nak control pemakanan i nih? guys, i need ur help, huhu

Saturday, May 28, 2011

grooming for guys !

siapa pernah masuk or pergi ke smt ert (sekolah menengah teknik ekonomi rumah tangga) di setapak, kl? sila angkat tangan macam saya yer, haha. okay mengarut jer pagi2 nih. eh korunk penah masuk kann? what is the first main setting in your mind when talking about ert ?

1. sekolah yg rmai perempuan.
2. sekolah yg sikit lelaki.
3. sekolah yg sangat lawa dan cantik (cikgu ngan pelajar pun sama)
4. sekolah yg ceria dan tak banyak sampah

haha just sharing, last 2years i have attend in KAT debate competition at smt ert setapak kl. w
e just won at the first quarter and lost with tecsha at semi final. okay whatever, i hate it. erm at the end of the closing ceremony, i with my teammates debater group and coach too, got a chance
to have grooming test. although, yg kelakar nye die ckap, "especially guys okay". wahh, stop and
stare sekejap, HAHA.

1. deodorant
wajib bagi lelaki pakai tiap2 hari slpas mandi. kau jgn tak pkai okay, bau hangit kot klau kau dah berpeluh satu hari, haha. dan org lain sllu akn perasan, laki ni xpkai rupanya,hahah

2. toothpaste and tooth brush
tiap-tiap hari mestilah dengan gigi putih mcm aku nih, hahaha kan bila kau senyum dgn gigi putih nmpk hnsem, even gigi kau jongang ke berterabur ker kann. asalkan, tetap puteh yaw!

3. skin care (moisturiser, toner, facial wash )
ahha kdg2 bndi ni rmai laki xsuka kann. alah asalkan korunk beli jer ap2 pencuci muka, tp jgn pilih wanita punya okayy. although, yg ad mslah pimples2 tuh, kne beli specific sikit keh.


4. shaver
hoi jambang-jambang tu kena lah smart2 sikit beb. kau bygkan klau muke penuh dgn bulu2 semua tuh. haha takut kot nak tgk. seram mcm bangla tuuh, hahah aku tak sanggup nak dekat !

5. hair care
rambut lelaki kan mahkota. so take care as well as crown2 mcm diraja. mmg wajib shampoo rambut at lest 3x semingggu, lgi bgus tiap2 hari, hehe. okay sentiasa jaga rambut anda !

6. perfume or body mist
benda yg sangat wajib bagi semua lelaki. klau nk pegi kerja kenalah wangi2 lebih kann, ahah barulah semua selesa kerja or berurusan dgn kiat2 nih,hehe lain laah klau perempuan kann, nak cover line lattew, HAHA

7. lip care
hoho ini bukan lipstick yaw! ini lip care utk basahkan bibir anda, taknak nmpk kering giler laah. eh artis lelaki skrng rmai pkai tauk.huhu tapi, bukan untuk sexy kan bibir anda mcm justin birbir, hahah

p/s: the body shop is my favourite health store okayy! siap ade membership card lagii, hehe

Friday, May 27, 2011

i want new header !

p/s: anybody can help me ?

Thursday, May 26, 2011

ouch! my spinal bone

Tahukah anda empat dari lima orang di dunia menderita sakit belakang sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka? (okay saya macam tidak pernah tahu akan fakta ini)

Mungkin ada yang mengatakan khabar ini sengaja dibesarkan tetapi kita hanya perlu melihat situasi di sekeliling untuk melihat hakikat yang sebenarnya.

Bila membeli barangan di pasar raya, kita nampak ramai pelanggan mengangkat barangan yang dibeli secara membongkokan belakang padahal mereka sepatutnya membengkokan kaki bagi gerak ‘mengusung’ yang diperlukan.

Bagi pekerja kolar putih pula, mereka ‘duduk’ di meja kerja dan menghadap komputer masing-masing selama berjam-jam dan setelah penat bekerja dan pulang ke rumah ada yang akan terlena di atas sofa ketika menonton telivisyen. (Situasi yang sama bagi pelajar lepasan matrikulasi macam saya)

Adakah senario yang digambarkan di atas menyamai rutin harian kehidupan anda? Kini semakin banyak terdapat iklan tentang pil, plaster, balm serta ubat sakit belakang dan ini adalah bukti bahawa insiden sakit semakin meningkat dalam masyarakat.

p/s: tolonglah, siapa ada petua atau tips-tips untuk mengelak daripada penyakit tulang belakang ini? bukan bermaksud yang saya ini sudah tua okay.

Wednesday, May 25, 2011

let's Nando's !

today, along ask to me for the lunch. okay i just say lets try Nando's nak ? then, my ummi said okayy,hehe. this is our first time lunch together with along, my ummi and twins too. so enjoy your meal, hehe.
Nando's restaurant at sogo, KL
Nando's Menu
Just "mild" for me! :)
peri pesto burger-RM 16.90
Pestico-4 grilled chicken wings, mini chicken thighs, olives, novo pita and 2 dips. RM 33.90
chicken pita for RM14.90
1/4 Chicken with Mediterranean Rice & Peri Potato Salad-RM 15.25
Nando's Different Sauces
The 4 flavours of chicken that they had.

Well i ordered "Petisco" since all of the staff recommend that and for main we ordered the "1/4 Chicken with Mediterranean Rice & Peri Potato Salad" , "Chicken Pita" and "Peri Pesto Burger" and the waitress was like give that look and "oh ok " well dunno is it me think too much , or is like she is like giving us the " so you guys knows how to order the most expensive items" Duhzh ... as if we are cheapo like that !!! Well the reasons why we order those are becos this is our first time and really like it ! Well the food taste nice of cos , as well as the Peri Peri sauces !!!

p/s: other then those , i had to admit , my fav is still Petisco ! and thanks once again for the wonderful lunch with along ! Nando's !!! ( tapi kteorng still lapar lagi, siap beli Mcd chicken lg, pkai voucher buy 1 free 1 tuu, HAHA )
*thanks google images

Tuesday, May 24, 2011

sweat short-form

kenapa sweat? sebab ceq tak suke sweet short-form.hahah nmpak gedik dan menyampah! okayy, diringkaskan lagi menjadi SSF, bukan SSF home deco mart tu okay, hehe. haa meh ceq nak citer ni kat hangpa semua mengenai sweat short-form nih. mengikut wikipedia short-form ini dimaksudkan sebagai sebuah kata yg berlainan atau dibentuk dgn memadam satu atau lebih dari suku kata dr kata asal dan juga mmbawa erti yg sama.

banyak digunakan dalam perbualan sosial, pesanan ringkas, notis ringkas dan sebagainya. for example in general style:

1.SMS-short message service
2. OTW-on the way
3. MC-master of ceremonies
4. OMG-ohh my goodness
5. FYI-for your information

dan banyak lagi lah shortform2 yang digunakan dalam kehidupan seharian kita nih. tapi kan ceq nak habaq mai kan hangpa semua ni, ceq kan study dkat KMTJ dulu, bnyak shortform yang keluar. contohnya:

1. AAK-ada aku kesah
2. IDK-i dont know
3. DIC-do i care
4. OMK-ohh mak kau
5. KNKL-kau nak kena lempang
6. AKAK-ade ke aku kesah
7. BFF-boyfriend forever
8. LIC-like i care
9. GG-gile glee
10. AYM-ask your mother

and etc laah. banyak lagi cuma malas je nak type. haa cube hangpa bace, sengal kann. hahaha ceq pun tak tahu laa siapa yang cipta shortform2 semua nih. dekat kolej ceq, dah jd mcm satu fenomena pelik okay. ceq tak tahan dengar tauk. sbab everyday ade jer ayat2 SSF ni yang baru cipta. huhu sampai bila la masyarakat kita ni nak maju kan? hah

p/s: bukan salah ceq, ceq tak bwak pengaruf or even propaganda peliq2 nih, sehinggakan ceq kena label as buat segmen 5A-apa apa ajalah amir aizat, HAHA. jahat gila dorunk,huhu

Monday, May 23, 2011

meet my mama.

pada hari rabu minggu lepas, saya sebgai ketua kelas merangkap ketua editor sekolah smtssb, telah mengadakan satu reuni bersama-sama rakan sekelas sambil menyambut hari guru sekolah. wah tersusun dan skema gitu, dah lama tak buat karangan kot, dulu aku rajin buat tau, and ayat-ayat aku selalunya semua bombastik sangat, dan sehinggakan ad yg cikgu komen,haha. patutlah aku dpat gred A- utk paper bahase melayu. hah memalukan sajee, huhu

okayy mari lihat gambar2 reunion saye. hee sbnarnya bila kita tengok gambar2 ni, boleh mnmbahkan lagi perasaan rindu yang hangat2 gacuu(gitu) masa sekolah dolu2. betul x? so i just want to share with u guys, because of what, this is the havoc classmates ever i have, hehe.

thanks acik jd driver i kali nie,hehe
with nasuha kapli,gigi kite still puteh2 lg mcm dulu kann,hehe
*ajan i know, u'll jealous kann
dia luqman-classmate yg agk baik dan sgt mmbantu,haha
okay ini budak yg dduk dpan meja ak,mmg havoc gila! :D
*yg tgh tu izi,dy da msuk METC skrng,jd pilot pon bole kutt,huhu
cikgu fatimah-ibu yg plg prihatin dan penyayang
teacher nurul-she's particular as well as me,haha
a part of 5ka3,gonna miss uolls
#ana, gee, ijoi, mama, nia, adda, put, me
izi,f aez and nik
lastly gossip time with nik at mcd.
rindu gila! dpat big mac free lg tu kann,hehe

as conclusion, bersyukur sgt2 sbab cikgu2 masih ingt lg dkat aku,hehe. eh semua la i mean. satu hari dgn mama. seronok sgt! fyi, selama 2 tahun jadi ketua kelas (ehem terpilih tauk, bukan saje nak angkat tgn hokayy), sekolah ni plg seronok pernah aku masuk. sbb the environment itself! bukan nak buat comparison between of skolah bandar or luar bandar ker ok.

p/s: semua gmbr aku nampak gigi and alternate knan kiri, haha itu fakta saje. class, next time kita pergi pulau pangkor okay, yuhoo!!

Sunday, May 22, 2011

foster family.

ahha korang pernah ada keluarga angkat ? cehh, mcm aku pernah ada jer keluarga angkat2 nih,huhu. erm gmbr kat bwah nii bukan bermaksud mereka berpasangan okay, tapi nmpak mcm sweet jer kan, haha.


okay nak cerita laa dulu, masa saye belajar di sekolah agama menengah tinggi sultan salahuddin abdul aziz shah batu 38 sabak bernam in short SAMTSSAAS BT38 (panjang tak?), mereka hidup disana seperti sebuah keluarga. what i mean, kisah berangkat-angkat nih dah mcm tabiat and style hidup dkat sana. it's cool and fun actually, hehe.

yeah, as the first time i came to the school, ad sorang kkak ni ckap "eh, adek nii comel la,hehe awak ni jd adek angkt akak tak?" oh my godness, die ckap aku comel, awwhh3x mcm tak percaya jerh,haha. jadi saye pon terima lah, sbab masa tu darah masih muda lg kann,hehe

erm, sbnarnya bukan tak salah berangkat2 ni, but for me it's good bcoz bile dah masuk sekolah yang jauh mcm nii, so dgn dorunk boleh laa mmbntu sedikit sbnyak hidup kite mse kat skolah tu. eh i dduk asrama yer since F1 lg, haa kau mampu? so, thats why i rse mcm kena ad jgak la, or even rapat ngn abg2 and kkak2 senior pon okay jugak kan.

p/s: i really miss them so much from the bottom heart ! abg apis, abg naim, kak wawa and kak hanis,hehe. cop2, i have a question, best kan ad abg n kkak angkat nih? hehe

Saturday, May 21, 2011

my future wife ?

semua ada english education kann? haa, so mesti dah tahu apa maksud entry nii. kalau di google translatekan menjadi 'isteri saya di masa depan'. nahh kau lagi faham habis kann, HAHA

okayy proceed, masa belajar dkat KMTJ dulu, subjek plg relax adalah subjek WU011-pendidikan islam. setiap kali kelas agama, aku tak pernah tidur. sbab sentiasa fokus dgn pembelajaran dan pengisian ustaz. (sometimes tu ad la). dikenali sebagai ustaz HAS aka hairul anuar bin sukar. haa ini mmg tabiat saye, hehe.

recently, masa akhhir2 dkat KMTJ tu die kahwin. jadi, kami sgt excited dgr cerita kahwin dia. lalu, habis semua bab-bab terakhir dikaitkan dengan isu kahwin beliau. best kan kalau dpat syllabus mcm tuh. jadi kami telah dipekenalkan dan diperajarkan mengenai segala hal mengenai kahwin mengahwin nih. sampai masuk debat isu main kahwen2 plak, HAHA

ustaz ad ckap, tak bnyak syarat2 yg dikenakan oleh islam utk seseorg wanita menerima gelaran isteri yang solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yg penuh kenikmatan dari Allah s.w.t. first, taat kepada Allah dan Rasulnya. second, taat kepada suami.

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
macam mana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- wajib menutup aurat
- tak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- tak bermusafir atau bersama dgn lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- sering mmbantu lelaki dlam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- berbuat baik kpd ibu & bapa
- sentiasa bersedekah, even dlm keadaan susah ataupun senang
- tidak berkhalwat dgn lelaki dewasa
- bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami
- memelihara kewajipan terhadap suami
- sentiasa menyenangkan suami
- menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- tak bermasam muka di hadapan suami
- tak menolak ajakan suami untuk tidur
- tak keluar tanpa izin suami
- tak meninggikan suara melebihi suara suami
- tak membantah suaminya dalam kebenaran
- tak menerima tamu yang dibenci suaminya
- sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

"dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita yang solehah"

p/s: ustaz saya cakap lagi, kamu sekarang kena pilih dan carik isteri2 yg mcm mana kamu akn kahwini and dia suruh kahwin muda2 dan cpat2 lg bguih,okayy HAHA

Friday, May 20, 2011

pink is perfect.

sebab kenapa merah jambu adalah sempurna?

1. the colour of pink, so mellow !
bercanda-candaan di KLCC,(eh betul ke BM aku nih?) bersama yang tersayang,HAHA
jumpa kedai Harrods ,then terus nampak macaroons ni dan apa lagi teruslah beli. sebenarnya sgt excited mase tuh, hehe
satu biji 3RM. *mahal gila tapi sedapp

2. strawberry macaroons yg sgt2 marvelous !
muka tgh shock feeling makan macaroons dekat taman2 KLCC yang hijau2 nih
mkan macaroons mcm mkan m&m's, melts in your mouth, not in your hand.
*okayy macaroons ni mmg betul2 sedapp. nak beli lg

3. paper bag for macaroons is pink.
kenapa mesti merah jambu? why not in green ker kann, or biru lg comel, HAHA
see, nmpak tak price dier 18RM kann, so mmg patut lah org ckap mahal.
*baik belajar buat sendiri kann2,huhu

4. sales up to 50% at Uniqlo.
masuk2 jer dah ramai gile umat dlam tuh, then aku pon stop and stare, HAHA
terus tertarik dgn colour design baju petak2 nih, dan terus beli.
boleh tahan harga dier drpd 99.90 to 79.90, plus packaging item tuh 20.00 RM

5. bunga ros kaler merah jambu yang wangi.
sebab kenapa, sebab murah sangat beli dekat luar UiTM tuh, then dpat la 8kuntum roses yang lawa2 dan cantik2 semuanya, HEHE.
balik2 rumah mestilla kene potong2 ltak kat meja mackup along,hahah
*fyi along saya convo, 1st class gitu, hehe

p/s: actually, these pink colour is not my taste and not my type okayy. its look that i'm so jambu,HAHA. taknak aku, kang hancur reputasi aku nnt, kih3. jum layan video pink nih!