no right click

Friday, December 02, 2011

ber'OmbakRindu'

hai blogger !!! entry khas kononya utk pembaca novel yg tegar. dolu2, mesti korang pnah baca novel yg bertajuk Ombak Rindu karya Fauziah Ashari kan? novel ni dulu famous giler kot. dan disbbkan tulah, novel ni di jadikan movie, katanyer.

aku dah lupa tahun bila aku baca novel ombak rindu nih. tp yg aku tahu, dah lama aku baca. Ombak Rindu adlah novel yg superb. tp, sambungannya yg pertama dan yg keduanya adalah a little bit sucks. ceritanya umpama cerita indon. kan?

tapi, adakah filem Ombak Rindu ni mcm cerita indon juga? erm sinopsis cerita ni boleh carik di google yer.haha

review sikit utk filem Ombak Rindu ni:

1. jalan cerita yang sgt menarik, dimana bagi aku ia lari dari adegan2 stereotaip yg selalu ditonjolkan dalam filem2 melayu yg mmbawa tema yg lebih kurang sama seperti Ombak Rindu ni

2. permulaan cerita yg sgt cliche dan beremosi, tak pe...perlu sabar dan layan filem ini smpai penghujungnya, hehe kerna bnyk pengajaran yg boleh dapat

3. hero filem yg sgt berpenganlaman bila membawa watak yg romantik. so aku rasa, meletakkan Aaron Aziz sebagai watak utama (Hariz) adalah pilihan yang not so bad. Ianya nice actually apabila hina menjadi suci akhirnya.

4. watak Izzah(maya karin) yg sgt mencabar, dimama hidupnya dibelenggu dgn kesedihan, namun berjaya dibawa sehingga penghabisan cerita ini. walaupun, nmpk muke maya mmg sgt kampung.

5. part mak hariz (azizah mahzan) sgt tidak sesuai dgn penampilan beliau dan umurnya bila permulaan cerita ditayangkan. harus potong sewajarnya ! HAHA

6. penampilan Lisa Surihani memegang watak Mila sgt menjadi apabila watak anatgonis dibawa dari permulaan cerita sehinggalah ke akhirnya. well congrats to her ! awesome sgt

7. Bront Palarae sebagai Mail kurang menonjol, tapi nilai dan juga watak yg dibawa boleh dicerap oleh semua penonton. nampak mcm kayu pun ada jugak dia ni, hehe

8. pemilihan lokasi yg sgt awesome seperti sawah di kedah dan juga penggambaran di cameron highland sepenuhnya. well Osman Ali kelahiran dr langkawi kan. nice scene actually

9. script dalam filem dan juga novel sgt berbeza dan tak sama. ini mmg satu kelemahan besar dlam pembawakan filem adaptasi seperti ini dan juga lagu OST yg agak kurang kena, kot la

10. banyak adegan yg beremosi dan lucu yg sgt mencuit hati, namun kebanyakan penonton ketawa berdahak2 sehinggakan rasa hilang sensitiviti dalam panggung tu, HAHA

super sweet ending !!!

p/s: wajib tonton cerita ni sebab diadaptasikan drpd novel yang bukan jiwang karat punyer ! HAHA

Post a Comment