no right click

Saturday, August 06, 2011

close to the death

"orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati-riwayat Ibnu Majah dan ibnu Abidunya."

Kenapa? Jawapannya mudah sahaja.

Dalam sabda diatas, Nabi tak menyatakan org yg cerdik dan pandai adalah org yg kaya, ataupun berpangkat besar, yg mempunyai banyak2 degree, master, phd dsb. tetapi sebaliknya dgn perkataan yang mudah iaitu ‘ orang yang selalu mengingati mati’.

Orang yang selalu mengingat mati tahu sesudah kematiannya dia akan melalui alam lain yg semestinya berbeza dgn apa yg dilaluinya di dunia ini. Jika di dunia dia disanjung dan dihormati oleh kenalan2, berwang kaya raya dan dapat memiliki apa yang dihajatinya, tetapi di alam itu semuanya sudah tak berguna lagi. Apa yang dimilikinya di dunia, semua tidak dapat menolongnya ketika berhadapan dengan malaikat2 yg sedang sedia menyoalnya atas apa yang dilakukan di dunia.

Yang dibawanya hanyalah amalan2 mulia yg dilakukan sepanjang perjalanan hidupnya di dunia ini. Hanya selepas beberapa langkah sahaja, ahli keluarganya pulang dari perkuburan, malaikat2 mula datang utk menjalankan perintah Allah iaitu tanggungjawab tugasnya. Jika amalannya baik, maka terlepaslah ia dari seksaan dahsyat kubur tetapi jika dia gagal menggunakan peluang hidup di dunia utk mentaati Allah, maka alam kubur akan menjadi permulaan kepada seksaan. Yes, permulaan , kerana di neraka nanti banyak lagi pembalasan yang akan diterimanya.

p/s: ujian Allah, toksu(abg kpd nnek) koma mase amek wudhu solat suboh pg td, masuk ward kcemasan. tiada harapan lg kerana cume brgntung dgn bantuan pernafasan saje. nnek dgr berita, lalu terus lemah jantung, dan batuk berdarah dan sekarang di masukkan ke dalam ward. ;(

Post a Comment