no right click

Saturday, July 02, 2011

time is gold ?

sempat saya mendengar kuliah suboh pagi tadi, mengenai kisah bulan rejab. dikaitkan dengan masa yang berjalan diatas muka bumi Allah ini. jadi, saya terfikir dalam kehidupan seharian kita sebagai hamba Allah, apa itu sebenarnya masa.

"Masa adalah kehidupan" itulah ungkapan yang pernah disebutkan oleh as Syahid Hassan Al Banna seorang tokoh mujaddid dan mujahid abad ke 20 (sohih). Ada pepatah inggeris yang selalu kita sebut dan semua tahu 'time is gold' iaitu 'masa itu emas', tetapi emas masih boleh dibeli, sedangkan kehidupan yang berlalu tidak akan diperolehi semula walau kita menangis air mata darah sekalipun dan juga walau kita gadaikan seluruh kekayaan yang kita ada. betul tak?

secara peribadi merasakan masa terlalu berharga untuk dibiarkan begitu saja hinggakan saya rasakan masa masih terlalu terbatas. Mungkin kerana hampir 6 tahun saya hidup meninggalkan sekolah Arab tanpa bimbingan dan tunjuk ajar muallim dan juga muallimah hingga terlalu banyak yang saya sudah lupa dalam dakwah dan misi pembelajaran islam. Tetapi ini bukanlah persoalannya kerana semua daripada kita akan masuk ke syurga kerana Rahmat Allah bukan kerana banyaknya amalan kita, kerana kita tidak akan mungkin dapat membalas segala nikmat yang dikurniakan Allah hatta sebiji mata pun. Lama atau sekejap tidak menentukan kita akan jadi ahli neraka atau ahli syurga tetapi setakatmana kita telah benar-benar memanfaatkan masa yang kita ada untuk membuktikan kecintaan dan pengharapan kita pada Allah dan KeredhaanNya.

p/s: seorang penyair Arab berkata melalui puisinya "Alaita as Syabab ya'uudul An - Alangkah baiknya kalau hari muda itu datang semula hari ini". Ketika itu dia sudah terlalu tua. Memang inilah fitrahnya manusia kan,
kita sering menangisi masa silam yang suram, namun hari-hari yang sedang kita lalui tidak juga kita hiasi dengan amalan yang akan menjadi bekalan untuk hari esok.

Post a Comment