no right click

Sunday, July 17, 2011

fate is destiny.

melihat manusia yang tiada agama seperti free thinker dan sebagainya di dunia ini, mereka tiada pegangan, landasan ataupun kepercayaan mereka sendiri. kesian tengok hidup mereka. tapi kita ni, org islam kena bersyukur sebab ada wahyu yg dtg utk kita. subhanaAllah.

semua pernah belajar masa di form4 subjek pendidikan islam mengenai beriman kepada qada' dan qadar bukan. jum refresh sama saya, :D

qada' dan qadar adalah salah satu drpd rukun iman yg wajib kita percayai sebagai seorang Islam. semua hafal kan? kita semua tahu, penjelasan mengenai qada dan qadar ini ada dibicarakan di dalam kitab2 aqidah dan perbincangannya agak panjang dan adakalanya begitu susah untuk difahami oleh kebanyakkan org terutamanya bg sesiapa yg baru menjejakkan kaki dalam perbincangan ilmu aqidah secara mendalam ataupun jahil kadang2 seperti saya ini. maklumlah kita ni cuma hamba Allah saja di muka bumi ini.

1. maksud syarak: meyakini dan mempercayai bahawa segala yang berlaku ke atas manusia bahkan ke atas seluruh isi alam ini telah ditentukan oleh Allah S.W.T sejak dari azali lagi

2. Qada' terbahagi kepada dua iaitu qada' mubram (ketentuan Allah keatas makhlukNya yang tak boleh diubah - contoh ajal maut seorang jantina) dan qada' muallam (ketentuan Allah keatas semua makhlukNya tetapi boleh diubah dengan usaha dan ikhtiar manusia - contoh seseorang yang gagal dalam peperiksaan boleh mencapai kejayaan sekiranya dia berusaha bersungguh2).

3. qadar bererti pelaksanaan di atas segala ketentuan Allah ke atas semua makhlukNya sejak dari azali lagi

fyi, bahayanya mempersoalkan dan memanjang2kan perbincangan atau isu mengenai qada' dan qadar ini tanpa sebab2 tertentu. kerana ianya akan membawa kita lari dalam jalan Allah. sebab itulah kita perlu cuba untuk mengelakkan diri daripada berbicara mengenai qada' dan qadar ni secara panjang lebar, terutamanya kepada masyarakat awam mahupun orang bukan islam.

p/s: hopefully, jgnlah sesekali kita menolak takdir, takut nanti kita akan lalai dari kepercayaan rukun iman kita sebagai seorang yang beragama islam. InsyaAllah

Post a Comment