no right click

Tuesday, July 12, 2011

are you really sincere ?

Dalam Islam, ikhlas merupakan roh amal atau jiwa ibadah, bukan? Ia jadi penentu adakah amal ibadah kite semua ni diterima atau ditolak, yg mane bila amal ibadah tak ikhlas, maka ia tak ada nilaian di sisi Allah atau tak ada harganya langsung. Sebaliknya kalau ikhlas dalam beramal, Allah terima dan diberi ganjaran yang sangat tak ternilai lagi.

“Saya beri ini dengan penuh ikhlas.” “Saya buat ini ikhlas untuk awak.” “Kutujukan ikhlas untukmu.” “Saya yang ikhlas.” “Saya bantu awak dengan ikhlas hati.”

Tak perlu disebut ikhlas. Tak usah ungkapkan kata-kata tersebut. Ikhlas itu bahasa hati atau kerja hati. Kalau disebut, ternyata tak ikhlas kan. Sebab tu diam sahaja lebih baik. Kita tak tahu apakah kita ikhlas atau tidak. Malaikat yang kerohaniannya tajam pun tak tahu, mengapa kita yang kerohaniannya tak tajam mengaku kita ikhlas. So, itu bukan tanda ikhlas lagi.

1. pergi masjid, pakai kopiah siap serban bagai, jubah putih suci. nampak baik dan alim. ini tak ikhlas nama nye matt
2. kalau ada orang puji, kau rasa berbunga, sedap dan suka hati? Waktu dikeji kau rasa marah, sempit dada dan sedih? Kalau terasa megah atau sedih, kau mmg tak ikhlas bro.
3. kau memperkatakan Islam itu hanya sewak mengharapkan dapat kerusi di Parlimen? Atau hendak tambat hati rakyat dengan harapan parti kita dapat memerintah? Tapi bila tak ada kerusi lagi atau sudah tua, kita tak sibuk-sibuk lagi memperjuangkan Islam. Ini ada kepentingan diri namanya. dasar kau tak ikhlas langsung!

p/s: so, ukurlah diri masing-masing, apakah usaha-usaha, kerja-kerja dan amal ibadah kita selama ni sudah ikhlas atau belum?

Post a Comment