no right click

Friday, June 17, 2011

a short tazkirah suboh

Semalam, aku mendengar kuliah subuh di masjid Kampung Sungai Tua ini berhampiran dengan rumah aku. Kuliah tersebut berkisar tentang adab-adab di hari Jumaat. Ketika menyampaikan kuliah tersebut, ustaz berkenaan sempat juga menceritakan banyak peristiwa penting yang berlaku pada hari Jumaat.

Di antaranya termasuklah Hari Raya Korban (Jumaat, 27 November 2009), gerhana matahari yang lepas jatuh pada hari Jumaat (tidak pasti tarikhnya), Awal Muharram (Jumaat, 18 Disember 2009) serta Maulidur Rasul yang akan disambut pada hari Jumaat ini, 26 Februari 2010.

Ustaz berkenaan memaklumkan ini adalah petanda kiamat akan berlaku dalam tempoh terdekat. Namun ustaz berkenaan tidak pasti sama ada terdapat hadis yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku serta kaitannya dengan hari kiamat. Mungkin ini adalah secara kebetulan sahaja.

Aku teringat pernah menerima emel yang berkaitan dengan peristiwa penting yang jatuh pada hari Jumaat. Namun aku tak dapat membaca dengan sepenuhnya kerana terlalu banyak emel yang perlu disemak dalam 'inbox'. Rasanya dah pun ter'delete', hehe.

Dalam pada itu, aku cuba mencari artikel berkenaan peristiwa-peristiwa penting ini melalui internet. Beberapa blog lain yang sempat dibaca juga menambah selain dari peristiwa-peristiwa yang aku nyatakan di atas, termasuklah hari Krismas (Jumaat, 25 Disember 2009), Tahun Baru (Jumaat, 01 Januari 2010), Hari Wesak (Jumaat, 28 Mei 2010), Nuzul Quran (Jumaat, 27 Ogos 2010), Hari Raya Aidilfitri (Jumaat, 10 September 2010) dan akhir sekali Hari Deepavali (Jumaat, 05 November 2010).

Wah..! Tak sangka kan ada yang sanggup meninjau kalendar masa depan hari-hari kebesaran yang akan berlaku untuk menguatkan hujjah. Dari sudut positifnya, memang digalakkan untuk mengingati antara satu sama lain tentang kematian, hari pembalasan dan sebagainya. Namun, ini semua kerja tuhan, Allah yang menentukan segala-galanya. InsyaAllah berbalik kepada lumrah kejadian kita ya, hidup kita akan sentiasa dirahmati-Nya. amiinn.

p/s: yang pastinya, Kiamat akan berlaku pada hari Jumaat, Wallahualam.

Post a Comment