no right click

Sunday, June 19, 2011

one heart.

“Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [Al-Baqarah, ayat 216]

Berdasarkan ayat ini, ianya boleh menenangakan kita bila kita mula berasa kecewa. Kerana ia mengajar kita untuk redha dan menerima semua yang terjadi dengan tabah. Mengajar kita untuk mengerti bahawa langit tak selalunya cerah, ada masanya apa yang diharapkan tidak semestinya menjadi kenyataan. Kuatnya sebuah hati untuk menerima sesebuah takdir adalah pada meyakini bahawa ALLAH Maha Mengetahui.

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitu aturan Tuhan

Fokus kepada cinta ya, wahai remajaku sekalian, bukan nasyid diatas, HAHA

Bagi yang terpaksa melepaskan cinta, ayat ini dibacakan agar dia mengerti bahawa apa yang dicintainya itu bukanlah yang terbaik. Berhentilah dari menyayangi dan lepaskanlah ia pergi. Ada yang lebih baik sedang menanti, insyaAllah.

Tetapi, ayat ini, jika diteliti ia membawa sesuatu yang lebih indah dari sekadar penawar untuk melupakan. Ayat ini bukan sahaja memberi kekuatan untuk kita melepaskan bahkan ianya juga memberi kita sebuah harapan untuk terus berusaha pada sesuatu yang anda sukai dan cintai.

Kerana apa? Jawapannya ada pada penghujung ayat ini. Sebuah pesanan yang sering kita terlupa memandangnya.

“… ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

p/s: Tak perlu tunggu saat sudah kecewa baru mahu membacanya. Ia ‘versatile’ untuk setiap keadaan untuk mengajak kita berusaha menjadi yang lebih baik. Ia sebuah penyuntik semangat pada setiap masa. Bukan pada saat kita sudah terluka ataupun terjatuh. Teruslah berusaha walaupun kita tidak tahu apa akhirnya. Ingatlah, sesungguhnya ini bukan entry untuk kita bercinta lagi, hehe

Post a Comment