no right click

Thursday, June 23, 2011

mature state II

Apakah yang dimaksudkan dengan "pemikiran sesuai dengan usia"?
Pernah dengar tak dialog ni di mana-mana?

"Budak kecik tu pemikiran terlebih matang, padahal masih kanak-kanak."

Atau yang ini,

"Dah tua-tua pun pemikiran masih macam budak-budak.."

Usia dan Pemikiran, bagaimana anda selaraskan dua yang ini? dan perlukah diselaraskan? mengikut peringkat umur, kerana ada sesetengah perkara yang tidak sesuai dengan pemikiran golongan yang masih peringkat awal usia. Ya atau tidak?

Kematangan atau ketidakmatangan pemikiran mungkin disebabkan :

1. pergaulan (berinteraksi dengan golongan berbeza usia)
2. pengaruh persekitaran (pemerhatian)
3. pengalaman. (mengajar sesuatu, mengembangkan pemikiran, contoh dr 'sempit' kepada 'terbuka')
4. mendalami ilmu tentang sesuatu perkara tertentu

Okay cer tengok konteks ini. Apa pendapat anda tentang situasi ini?

1. Seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa keluarga porak peranda, tidak tahan dengan pertelingkahan kedua ibu bapanya, lalu cuba untuk bersuara dengan menasihati ibu dan bapanya. Dan ibu bapanya dengan mudah berkata "ko apa tau, jangan masuk campur..pergi masuk bilik!"

so, adakah ini kematangan untuk ibu bapa sebegini?

2. Seorang adik meminta pendapat daripada abangnya tentang sesuatu masalah peribadi, tapi abangnya boleh gelakkan dia dan dengan selambanya dia bagi pendapat, "ko buat ***** je la..."

so, di mana kematangan pada usia itu sebenarnya?

And ada orang kata, semakin meningkat usia, semakin matang. Padahal sekarang ni ada juga yang semakin keanak-anakkan. Waktu-waktu serius dia boleh buat lawak mongok. (sila jangan pandang saya). Dan ada juga yang sangat serius/skema semasa sesi orang tengah buat lawak, sampai orang menyampah. (sila jangan pandang saya lagi).

Okay soalan terakhir, bagaimana anda mengawal pemikiran? Untuk tidak memikirkan yang bukan-bukan..yang tidak-tidak? yang diluar batasan pemikiran anda? (maaf dalam kepala saya terlalu banyak tanda soal)

p/s: dear ya allz, manners easily and rapidly mature into morals and the experience will finalize your mature, hehe

Post a Comment