no right click

Monday, June 20, 2011

he's a shy person ?

kau orang semua nak tahu tak, kenapa budak lelaki itu pemalu sangat kan?


1. unsur keturunan
hal ini merupakan faktor yang aku rasa tak langsung dan belum pasti lagi. sebab, sejak lahir lagi kan bayi-bayi ni terlihat agak sensitif dan kemungkinan hal itu terjadi kerana pembawakan saat ibu yang ketika itu sedang mengalami tekanan jiwa maupun fizikal. namun ini juga belum dapat menjadi suatu bukti yang kuat apakah kelak bayi-bayi yang sensitif itu akan menjadi seorang pemalu.

2. masa kanak-kanak kurang gembira
ada sebahagian budak yang mengalami hal-hal yang kurang menyenangkan pada masa jahilnya( iaitu kanak-kanak). contoh, orang tua dia suka sangat berpindah randah, suami isteri bercerai, grandparents meninggal, then dipaksa pindah sekolah lagi or dihina oleh teman dsb. semua pengalaman itu mungkin mengakibatkan terganggunya hubungan sosial budak itu dengan lingkungan mereka, suka menghindar atau mundur, dan tak berani nak bergaul dengan orang yang tak dikenali.

3. kurang bermasyarakat
sifat pemalu ni akan terjadi bila budak ni hidup dengan latar belakang dimana mereka ni diabaikan oleh orang tuanya, ataupun dibesarkan dalam lingkungan dan kalangan yang mengasingkan diri. terlalu sangat dikekang sehingga budak-budak ni tak dapat nak mengalami hubungan sosial yang normal dengan lapisan masyarakat.

4. perasaan rendah diri
mungkin perasaan malu ni boleh timbul bila kerana budakni bertubuh pendek, bersikap kaku atau punya kebiasaan yang jelek tahu. lalu dia pun berusaha untuk menutupinya kerana malu sangat dengan cara menyendiri atau menghindari pergaulan dengan orang lain seperti sahabat handainya. sebab utama, budak ni kurang rasa percaya diri dan beranggapan dirinya tak sebanding dengan orang lain, macam ia tak suka untuk memperlihatkan diri di keramaian.

5. pandangan orang lain
banyak budak yang jadi pemalu sangat ni kerana pandangan dan tatapan orang lain yang telah merasuk ke dalam dirinya sejak kecil lagi. maybe orang dewasa sering mengatakan bahawa dia ni pemalu. bahkan, guru-guru dan teman-temannya juga berpendapat yang sama, sehingga akhirnya ia benar-benar menjadi seorang pemalu. sedih sangat.

p/s: saya nak jadi pemalu jugak, sebab 3 perkara iaitu malu kerana Allah, malu kerana manusia dan malu kerana diri kita sendiri. so the answer is yess, i'm a shy person, hehe.

Post a Comment