no right click

Thursday, June 02, 2011

a friend who laugh or cry ?

Realiti kehidupan pada masa kini, dalam berjalan menongkah arus dunia yang semakin deras, memang ramai kenalan yang selalu bersama kita ketika kita ceria, tetapi adakah itu juga berlaku ketika kita berduka? (cantik tak introduction aku?haha)

Sebenarnya, daripada situlah kita dapat menilai dan membezakan antara kawan dan lawan. Ada ‘kawan’ yang hanya tahu menjadi “gunting dalam lipatan”. Ada yang hipokrit, ada pula yang suka mengambil kesempatan. Bayangkanlah, betapa susahnya untuk kita mencari seorang kawan yang mampu kita percayainya, yang boleh kita jadikan mainan dalam kesepian atau yang boleh menjadi pengubat duka diriku ini.

Justeru, mungkin dalam sekali hidup kita, Allah memberikan kita satu peluang yang amat bernilai, iaitu kita bertemu dengan kawan yang benar-benar kawan. Hargailah kawan yang telah dikurniakan kepada kita ini. Percayalah, bukan senang kita hendak mencari kawan yang mampu memahami kitakan. Apa orang cakap, kawan sejati tidak mampu dibeli oleh wang ringgit. Walau setinggi mana darjat, sekaya mana pun kita, kita tidak akan mampu menjadikan itu semua sebagai satu dampingan disisi kita.

Bersahabatlah kerana Allah, dan berpisahlah kerana Allah. Permulaan bermaksud perkenalan, tetapi perpisahan tidak bermaksud pengakhiran. Jadikanlah teman kita sebagai rakan yang mampu memberi kita kesenangan di dunia, dan boleh jua memberi kebahagiaan di akhirat kelak, insyaAllah.

p/s: dear, friendship and money is like oil and water. remember that!

Post a Comment