no right click

Tuesday, June 21, 2011

the drawing of nature

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitu aturan Tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Usah mengharapkan ke segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
Begitu ajaran Tuhan

Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah

Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
(Di) dalam jiwamu itu

p/s: ingat lagi nasyid ni? lukisan alam by hijjaz. erm, nasyid ni menyedarkan saya, bahawa dunia yang kita duduk sekarang ini hanya sementara sahaja. Allah hanya meminjamkan kita sekejap sahaja dengan nikmat yang diberikan secara meluas. InsyaAllah, kita sama2 cuba bersyukur atas peminjaman-Nya ini. amiinn.

Post a Comment