no right click

Tuesday, June 07, 2011

banana muffin cake with chef ame

entry pertama chef ame nak mengajar nih cara-cara untuk membuat "banana muffin cake". kann, babah dah janji nak share resepi kann. haa apa lagi pergi amek buku nota dan pensil satu batang. salin bulat2 yer resepi chef ame nih, hehe

BAHAN-BAHAN
1. pisang berangan
2. minyak masak
3. telur ayam gred A
4. tepung gandum
5. perisa vanila star brand

6. baking powder
7. bicarbonate of soda
8. overlette

0kay untuk menyediakan bahan dan ramuan, kita bahgikan kepada 3 bahagian, iatu bahagian A, B dan C. yang pertama sekali adalah bahagian A. ahha, mestilah A yg first dlu kann. erm, hari ini kita akan buat satu bancuhan dahulu yer. ingat ini untuk satu bancuhan sahaja.

BAHAGIAN A
pertama, ambil pisang dan potong pisang itu menjadi bentuk yang lebih kecil dan masukkan nya kedalam blender iaitu pengisar yer makcik2. dan jgn lupa masukkan 3 sudu besar minyak masak supaya memudahkan lagi pisang itu hancur dgn lumat-lumat. eh betul ker ni? haha ikut jer. selepas itu masukkan juga 1 sudu besar overlette. tahukan apa itu overlette. then, kita kisar lagi kisar lagi mcm roda impian tuh, hehe.


selepas dikisar, hasilnya akan seperti begini. nampak tak betapa magiknya pengisar ini dengan hanya 5minit sahaja pisang-pisang itu boleh hancur berkecai dan menjadi satu liquid. mcm proses kimia lah pulak. alah biasalah nak memasak, kenalah aplikasikan semuanya kann, hehe.


BAHAGIAN B
selepas itu, pecahkan 4 biji telur dan masukkan kedalam satu besen. eh bekas yang lebih besar lah supaya senang utk anda menggaul-gaul dan memutar-putar menggunakan mixer ataupun sudip kuali makcik2 semua tuh. haa jgn lupa masukkan 3sudu gulu kaster yeh. pemanis cake muffin.

BAHAGIAN C
teruskan masuk bahagian A ke dalam mangkuk besar di bahagian B tersebut. dan selepas itu, masukkan 1sudu kecil vanilla flavour, baking powder and bicarbonate of soda. dan apa lagi dah gaul-gaul ler sampai sebati-batinya nyer makencik sekalian.


sudah habis bahagian A, B dan C, kita akan buat finishing plak. memasukkan bancuhan cup cake kedalam tray yang comel-comel ni. jgn letak sampai 2 lapis yer, nnt ummi marah. failed katanyer. takde bakat langsung utk memasak jd mcm anak ummi nih, hehe. alamak tercomot pulak, biasalah buat dgn anak2, jd mcm nilah kan, hehe.


selepas siap masukkan bancuhan kedalam cupcake tadi tu, kita dah kena panaskan oven yer. letakkan dalam suhu diantara 150 smpi 160 darjah selsius saje. jgn panas2 sgt yeh. dan diovenkan selama 15minit sahaja. jgn lame sgt, kang terbakor hitam pulak, lg tak lawa. haha


sambil tunggu 15minit, kenalah bergambar bersama cupcake di oven. nampak lah jugak budak kecik muash ni tolong memasak sekali, hehe. dan hasilnya, sperti dibawah. cantik tak? eh comel tak? haha. nasib baik xbnyk jerawat, hehe. tahu tak jerawat apa? kan selalu ad nanah tu, then kita picit dia pecah. see, cupcake yg i bwat ni xder pecah2, so menjadilah muffin cake pisang nih.


p/s: kene ikut step by step yeh, jgn nak main campak2 jer. sedangkan chef ame pun buat campak2 jer, haha konon dah pakar lah kan, hehehe. kena marah ngn ummi baru tahu, haha. selamat mencuba banana muffin cake chef ame nih, hehe

Post a Comment