no right click

Thursday, October 31, 2013

Hello 3rd year!

Yes 3/4 perjalanan sebagai seorang mahasiswa. Not to expect much, but hope for  the best. Sebab semester kalini paling paroh, ambil 6subjek final. Hehe kadang2 kita tak percaya kan kita boleh buat ke tidak, tapi inilah dia kehidupan. Kalau kau tak cuba untuk sesuatu yang belum pasti, tahap kau masih di takuk yang sama. Its like you challenge yourself lah bro and how you can determine and suite yourself with the environment of studies.

Ohh not forgetting, introduce you my new house-mate. Well, this is getting such more fun and off-course havoc like ever. Haha I seriously dont know why, excited or being sad so much, okbai!


Mereka pula adalah sebahagian kawan baik, kawan belajar, kawan semualah since first year. Harapnya berkekalan lah ukhwah kita ya, insyaAllah.


Dan tahun ni juga, ramai senior2 yang akan bergraduasi. Allah, merindui keluarga besar ini. SANGAT!

Lastly, happy eidul-adha to all. 

p/s: AIZAT rindu roomate lama :(

Wednesday, September 04, 2013

21 y/o and still counting...

Ohh dah genap sebulan harini umurku masuk 21tahun. Macam tak percaya jugak, cepat jer masa berlalu kan, dan nextweek pula AIZAT kena sambung balik perjalanan sebagai seorang pelajar balik. Eceh macam lah student baru konon, hoi dah nak masuk 3rd year sudah. Okay ini cuma entry yang termampu utk di post kan, setelah sekian lama save kan dia dlm drafts.

Herm birthday kalini sangat seronok, sebabnya AIZAT berjaya buat kek sendiri. Nahh tengok, suka tak suka tak? (cakap gaya chef Ammar dalam tvAlhijrah tuu). Haha AIZAT berjaya buat 'red devil cake with lemon cream cheese frosting' sorang2. Power tak power lah jugak, ikut resipi Chef Ammar kita, masak dari hati, masak with iman. Seronok jugak lah first time buat kek sendiri dan dalam bulan puasa pulak tu. Walaupun ada juga cabaran mendatang, haha. Baru syok makan kek air tgn sendiri, hehe koya!
Lepastu, dapat celebrate lah jugak sambil buka puasa sama kawan baik sekolah menengah dolu. Acik dan Mimi. Tahu tak betapa rindunya sbb lama sgt dah plan nak jumpa, akhirnya. Hihi  tak puas lagi duk sembang2 dgr cerita mcm2, insyaAllah jumpa lagi di lain waktu. Sekali tunggu dengan budak jordan sorang tuh. Si azrai razali yang baru sahaja balik Malaysia utk cuti sebulan, mungkin. Janji nak jumpa jugak kan.
Plus sempat jugak tea time sbb dah craving sangat dengan macadamia cheesecake sundae dekat PlanB ni, hehe. Thanks kpd org yg belanja sy ni, lain kali belanja lah lagi. Murah rezeki tuhan bagi nanti. Hihihi
Walaupun kita masih dalam bulan syawal yg nak sampai ke penghujungnya, hajat tersampai juga untuk jumpa kakak angkat kesayangan AIZAT, hihi. Meet my kek nis, dia still sama mcm dulu, xde perubahan pun, haha. Lama jugaklah hampir 5tahun tak jumpa dia ni haaaa. But we still keep in touch ya. InsyaAllah raya haji kita jumpa lagi tau, nak borak lama2, hehe. Rinduuuuuu
Dan besoknya pulak, AIZAT jumpa senior lama masa di BT38 dolu. Yang kuat jugak buli budak, batch dia paling jahat, semualah, HAHA. Nak belanja makan kek pavlova di Serai. Ni pun sbb dah lama janji sgt kan, hehe. Not bad pavlova dkat sini, tapi still tak boleh lawan pavlova dekat the alexis sana, hihi. Anyway, thanks senior! Nextyear belanja AIZAT lagi. Hihi
Finally, bulan ogos di akhiri dgn mnymbut hri merdeka juga birthday august party bersama kawan lama AIZAT. Tadaaaaaa, lokasi di whisk espresso bar & bake shop. Best tau cafe kecik yang comel ni. Ad lg outlet dia di the curve jugak tak silap. This, HummingBird cake and Whisk Pink Stacks. Tahu tak betapa sedap dan lazat dan juga manis yang amat desserts dekat sini. Sampai ad org belanja kek utk take away lagi, hihi. Thanks a lot shafa!
And and and, not forgotten, cam-whore session. Hihi it was fun kan, seharian kita lepak makan dan borak2 sampai ke petang. Dah lah masa keluar ni, air dekat selangor buat hal, but we dont care. As long as kita boleh jumpa, utk clbrate birthday same2. Hehe hope next meet kita boleh jumpa lagi sambil buat food hunting together.
Akhir sekali, AIZAT bersyukur sangat pada tuhan sebab masih panjangkan umur lagi di dunia ini. Ada jodoh kita jumpa lagi disana, InsyaAllah. Salam rindu buat semua pembaca belog AIZAT yang sudah basi lah jugak orang kata. HAHAHAHA *padan muka*

p/s: mengharapkan bulan September penuh dengan kegembiraan dan kasih sayang seperti bulan Ogos. Hiks


Wednesday, July 31, 2013

Ramadhan kali ini.

Berakhir sudah bulan julai. Rasa sekejap sangat. Sibuk2 dengan hal dunia lah katakan. Okayla cerita sedikit, seronok lah cuti di rumah. Sambil buat kerja rumah. Tambah lagi kita dalam bulan puasa ni, kena lah lebihkan amalan kita. Mana tahu Ramadhan kalini yang terakhir buat kita. Kan.

Alhamdulillah, masih lagi dapat berbuka bersahur bersama seisi keluarga. Syukur sangat-sangat. Kadang2 teringat bagaimana insan2 yg kurang bernasib baik diluar sana, tapi apakan daya, kita doakan supaya mereka2 diberikan rahmat serta berkat dalam hidup di atas muka bumi ini.

Dalam bulan yg mulia kalini, AIZAT berkesempatan lah jugak untuk buat kuih raya seperti Almond London, Honey Cornflakes dan Semperits. Hah ni sebablah kita sibuj sikit, banyak order dari sanak saudara lah katakan. Ehh untuk persiapan raya ? Herm macam biasalah, pakai baju melayu yang ada, tema pulak kengkonon nak buat rahsia. Tunggu jelah 1st syawal nanti. *tiba2 rasa tak sabar nak beraya, kumpul duit raya HAHA.

Di penghujungnya, jgn lupa azam2 yg kita dah letakkan untuk bulan Ramadhan kalini. Sentiasa dgn niat, dan belajar beristiqomah dalam amalan. Nampak scra zahir mmg susah, tapi kita laksanakan dgn penuh taqwa yang kita cari2 selama ni. InsyaAllah di akhirnya kita boleh sama2 mencapai maghfirah dalam bulan ini :)  

Sebenarnya AIZAT rasa tak sabar nak jumpa bulan syawal, bulan mulia yg mana kita digalakkan untuk bermaaf-maafan. Zahirnya manusia ini jahil dan alpa dalam hubungan perantaraan manusia mahupun tuhan sekalian alam, tapi kita masih ada nilai kasih sayang antara satu sama lain. Moga Allah redha akan apa yang telah berlaku buat hingga sekian kini. InsyaAllah, semoga kita dapat terus beramal dan kejarlah malam itu.                                              

P/s: mendoakan bulan ogos penuh dengan keceriaan dan kebahgiaan buat kita semua

Sunday, June 30, 2013

again, AIZAT in InTrend !


Pada minggu lepas, senior bt38 saya abg qayyum yg ceritakan pasal benda ni. Memang terkejut lah jugak at first sebab eh betul ker ni. Sebab sebelum ni blog AIZAT pernah keluar jugak dalam majalah InTrend keluaran ogos, 2011. And then, rupanya bila AIZAT beli sendiri magazine InTrend keluaran Jun ni, memang betullah blog featured in Ilusi Lelaki Siber section tu. HAHA

Terkejut tak terkejut lah jugak, sebab kenapa boleh tersenarai lagi. Dah lah blog AIZAT dah lama giler tak update. Macam hidup segan mati tak mahu dah orang kata. Kan? Tak macam dolu, everyday gigih tau update aktiviti setiap hari. Now, memang x menyempat lah nak buat semua tu. Smartphones semua dah ada, tapi tak pandai guna. HAHA itu lah org nya x smart, phone dah smart dah. lols

Herm btw, tersenarai jugak  lah bersama blog ADlexus , ariffshah , NabilAizat dan RamesStudios. Depa semua ni lagi hebat2 dari saya, follow lah mereka. Apapun, terima kasih banyak2 kepada majalah InTrend sebab beri peluang kali kedua blog saya difemeskan konon2nya. HAHA

p/s: Buat peminat setia AIZAT, terima kasih juga sebab sentiasa sokong saya walau apa jua sekalipun. *tolong muntah*

Saturday, June 01, 2013

hey JUNE!

1st- Muiz birthday party
2nd- KIL movie
3rd- R&R day
4th- Study
5th- Study
6th- Study
7th- Study
8th- Study
9th- Study
10th- Final exam
11th- 1st countdown
12th- Work on station
13th- Final exam
14th- Food hunt 
15th- Discussion room
16th- Library
17th- Hostel apps
18th- Countdown 2more papers
19th- Final exam
20th- Start packing
21st- Last day
22nd- Home sweet home
23rd- Shopping
24th- Puasa nisfu sya'ban
25th- food
26th- movie
27th- food
28th- Broga hill
29th- TeenAce @ centrum hall
30th- KOSAMA @ ukm

p/s: so happy holiday everybody. Enjoy to the fullest!

Friday, May 31, 2013

AIZATCEPTION.

Meet & greet dgn Aizat Amdan  masa di event digi #BuddyzAizat di taman tasik titiwangsa bersama pemenang2 pertandingan buddyz era. Its cool, fun and interesting moment lah!
p/s: AIZONERS, die hard fan!

Tuesday, April 30, 2013

an omen.

Semester empat di bulan empat kalini banyak mengajar aku mengenai kehidupan. Memang tidak dikesali, yang kita ni masih lagi menjadi hambaNya yang kerdil lagi hina. Ada kalanya manusia ini dijui dengan berbagai jenis dan bentuk ujian, rintangan mahupun halangan di dunia ini. Tapi bila kita fikir sejenak, kenapa Dia bagi kita ujian sebegitu rupa? Tanyala iman dan hati masing2. Hikmah yg sentiasa ada disebalik itu, yakini Allah maha penyayang yg mana, mungkin Dia rindu untuk dengar kita menangis kepadaNya. 

Menjanjikan perjalanan hidup yang baik ataupun buruk itu, semua di tangan Allah. Itulah bila manusia masih hidup di muka bumi ini, Dia berikan segala nikmat hidup untuk kita syukuri. Terkadang kita alpa sbgai sifat hamba abdiNya. Itulah manusia. Jadi disegenap sedetik masa yang ada, kita belajar mengenali tentang apa itu kehidupan. Sama ada untuk di dunia dan di akhirat. Semoga Allah meredhai, merahmati dan memberkati dengan segala perbuatan manusia untuk bekalan hidup di dunia dan juga akhirat. 


"Tegurlah bukan menghukum, sayangilah bukan memfitnah, maafkanlah bukan membenci, permudahkanlah bukan menyusahkan."


p/s: terkadang aku terasa penat dan lemah untuk menghadapinya seorang diri, namun aku belajar untuk tabah dan sabar untuk semua itu. Sebab aku yakin Allah sentiasa bersama orang2 yg sabar, IA